JEDDAH - Seorang anggota keluarga diraja Arab Saudi, Putera Mohammed bin Nayef yang merupakan Timbalan Menteri Dalam Negeri terselamat dalam satu cubaan membunuhnya.
Beliau menerima kunjungan orang ramai di pejabat peribadinya di sini sempena Ramadan kelmarin apabila seorang lelaki meletupkan dirinya ketika mengampiri Putera Mohammed.
Menurut kementerian berkenaan, Putera Mohammed cedera tetapi tidak serius manakala penyerang berani mati itu maut dalam insiden tersebut.
Stesen televisyen Al-Arabiya menyiarkan imej putera itu berbual dengan pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah di sebuah hospital.
"Serangan ini akan menguatkan keazaman kami untuk menghapuskan golongan militan," katanya.
Putera itu ialah anak lelaki Menteri Dalam Negeri, Putera Nayef bin Abdul-Aziz.
Kumpulan Al-Qaeda Semenanjung Tanah Arab mengaku melakukan serangan bom itu menerusi satu mesej yang disiarkan di sebuah laman web di Internet.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: