Friday, August 28, 2009

Dengarnya...: Sabar sajalah Farid...





BETUL ke yang Cik Normah dengar mengenai filem pertama arahan pelakon kacak, Farid Kamil iaitu Remp-it V3 tidak akan ditayangkan selepas menghadapi banyak masalah.

Kasihan juga pada Farid Kamil. Iyerlah, baru nak mencuba air tangan pertamanya dalam bidang pengarahan sudah mendapat maklum balas yang tak menggembirakannya berbanding pengarah baru lain yang dilahirkan dalam syarikat penerbitan yang sama.

Apa yang Cik Normah dengan masalahnya bukan disebabkan kontroversi apa pun, cuma tidak melepasi garis panduan yang ditetapkan Lembaga Penapisan Filem (LPF) selepas reaksi kerajaan mungkin mengharamkan filem atau drama Malaysia yang memaparkan aksi lumba haram dan `mat rempit'. Opps! sekarang dipanggil samseng jalanan.

Iyerlah, kalau sudah sampai 50 peratus adegan dipotong, apa agaknya yang nak di tengok oleh penonton. Mungkin kisah cinta sepasang kekasih yang akhirnya mendapat restui ibu bapa keluarga wanita dan berkahwin seperti kisah cinta sebelum-sebelum ini.

Cik Normah tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak. Jauh sekali nak pertikaikan tugas LPF. Tapi kepada Farid, mungkin lain kali kena berhati-hati bila hendak buat filem. Bukan saja Farid tetapi juga pengarah muda lain, supaya jangan terlalu ikut darah muda sangat.

Memanglah kalau ikut kata hati, pengarah muda ini nak buat macam-macam. Cuma kena fikir juga jangan syok sendiri sampai lupa dengan sensitiviti masyarakat. Yang menonton filem itu nanti, akhirnya masyarakat kita juga. Jadi, pandangan masyarakat majoriti ini tidak boleh nak diketepikan begitu saja.

Harap-harap David Teo sudah dapat melakukan sesuatu untuk meneruskan filem itu sama ada akan menjalani penggambaran semula atau menukar tajuknya kepada kisah cinta saja.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: