SEBOLEH-bolehnya Cik Normah tak mahu 'laser' sangat pada bulan yang mulia ini. Silap hari bulan, sia-sia saja ibadat puasa Cik Normah. Pada kesempatan ini juga Cik Normah nak ucapkan salam Ramadan.
Pertama Ramadan sudah ada cerita kurang enak singgah di telinga Cik Normah yang sedang asyik menjamu selera dengan suami tersayang di rumah. Ceritanya mengenai seorang pelakon berdarah campuran. Pelakon ini memanglah kalau pandang jelas, mukanya tak macam orang Melayu. Wajah Pan Asia ‘gitu’.
Kalau yang tak kenal pasti tak syak sangat bahawasanya pelakon ini seorang Muslim, tetapi tidaklah sepenuhnya berwajah gadis Melayu seperti judul program di TV9. Kawan Cik Normah beritahu sejak di kawasan meletak kereta lagi di sebuah premis beli-belah popular, pelakon ini selamba memegang botol air mineral dan meneguknya.
Air itu diteguk sebelum masuk waktu berbuka. Tak silap Cik Normah pelakon itu perlu menghadiri sebuah majlis berdekatan dengan premis terbabit. Lucunya, botol minuman itu dipegang hingga sampai ke tempat majlis berkenaan diadakan dan kuantiti air yang ada dalam botol itu pun sudah mula berkurangan.
Kawan Cik Normah tidak mahu bersangka tidak baik. Mungkin pelakon terlupa bahawa sekarang bulan puasa. Namun beberapa minit kemudian, botol air itu sudah ‘ghaib’. Mungkin sudah disembunyikan selepas menyedari botol air itu menjadi perhatian dan menimbulkan syak wasangka.
Buat pelakon ini, kalau pun berwajah macam ‘minah saleh’, jangan ambil mudah perihal berpuasa ini. Maklumlah wajah awak itu boleh dikenali dengan mudah oleh orang ramai. Kalau betul tidak boleh berpuasa kerana ‘uzur’, janganlah sampai meneguk air di depan orang ramai tanpa rasa bersalah. Bukan saja tak elok, tetapi itu dinamakan sebagai tidak menghormati kemuliaan bulan puasa.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: