|
|
KUALA LUMPUR - Bersempena dengan ketibaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, FireFly Sdn. Bhd. (FireFly) akan menyediakan penerbangan tambahan ke beberapa destinasi terpilih.
Ketua Pemasaran dan Komunikasi FireFly, Angelina Fernandez berkata, penerbangan tambahan itu meliputi perjalanan Subang-Kota Bharu, Subang-Alor Setar, Subang-Medan dan Subang-Pekanbaru.
Menurutnya, bagi penerbangan tambahan Subang-Kota Bharu, ia bermula pada 17 hingga 19 September dan juga dari 26 hingga 27 September manakala penerbangan Subang-Alor Setar pula diadakan pada 18 dan 19 September ini.
"Penerbangan tambahan Subang-Medan pula melibatkan tarikh antara 18 hingga 20 September serta 27 September manakala tambahan perjalanan Subang-Pekanbaru pula hanya diadakan pada 18 September,''katanya dalam kenyataan di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: