OAK BLUFFS – Kelapangan yang hadir tidak disia-siakan Barack Obama apabila Presiden Amerika Syarikat (AS) itu membawa keluarganya bersantai selama lebih dua jam di sebuah pantai persendirian di sini kelmarin.
Obama dan keluarganya melawat pantai Oyster Watcha selepas beliau menyampaikan ucapan ringkas di halaman yang disewanya di pulau Martha’s Vineyard mengenai kematian Senator Massachusetts, Edward Kennedy.
Lawatan tersebut disertai Wanita Pertama Michelle Obama, dua anak perempuannya dan beberapa rakan keluarga mereka.
Konvoi Presiden AS itu kemudian singgah di sebuah restoran di sini untuk memesan makan makanan laut goreng seperti sotong, kekapis, udang dan kepah.
Sebelum beredar, Obama sempat bergambar bersama beberapa pengunjung dan staf restoran berkenaan.
Mereka kemudian makan tengah hari di kediaman penasihat kanan White House, Valerie Jarrett yang terletak berhampiran pantai itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: