Friday, August 28, 2009

Rangkaian JI besar, canggih


ANGGOTA tentera Indonesia dari Unit Nuklear, Biologikal dan Kimia mengadakan latihan di Jakarta pada 19 Ogos lalu.


JAKARTA – Rangkaian pengganas yang bertanggungjawab mengebom dua hotel mewah di sini dipercayai jauh lebih besar dan canggih berbanding jangkaan sebelum ini, kata sebuah badan penganalisis semalam.

Analisis oleh Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) yang beribu pejabat di Brussels menyatakan, kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) yang diketuai militan Malaysia, Noordin Mohammed Top mudah merekrut ahli baru untuk melakukan serangan terbaru.

“Selepas lebih sebulan pengeboman dua buah hotel di sini pada 17 Julai lalu berlaku, Noordin masih bebas tetapi rangkaian yang diketuainya terbukti lebih besar dan canggih berbanding jangkaan sebelum ini,” kata ICG dalam laporannya.

“Noordin masih mengepalai kumpulan itu, tetapi dia memiliki orang-orang kanan yang berkeupayaan dan pengeboman tersebut merupakan kerja mereka,” tambahnya.

Noordin, 41, ialah pelampau paling dikehendaki di Indonesia dan dia menggelarkan kumpulannya, ‘Al-Qaeda Kepulauan Melayu.’

Dia dipercayai menerima sokongan Al-Qaeda dalam serangan bom ke atas Hotel Marriott pada 2003 yang mengorbankan 12 orang tetapi sokongan serupa tidak dapat dipastikan berhubung serangan pada bulan lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: