Monday, August 10, 2009

Awasi pisang goreng plastik!



Ramai yang tidak tahu malah tidak menyangka, pisang goreng panas lagi rangup yang nikmati bersama kopi panas setiap petang bersama keluarga sebenarnya mungkin membahayakan kesihatan.

Meskipun rasa nikmat pisang manis bersalut tepung rangup itu tidak dapat dinafikan kesedapannya, orang ramai seharusnya lebih berhati-hati memilih gerai yang menjualnya makanan popular itu.

Seboleh-bolehnya periksa cara penyediaan khususnya campuran ramuan tepung pisang goreng terbabit memandangkan ramuan aslinya kini tercemar dengan bahan berbahaya selepas peniaga ghairah meraih keuntungan segera tanpa memikirkan kesan sampingan tindakan mereka.

Bukan prejudis atau mahu mengganggu periuk nasi sesiapa, namun sudah tiba masanya penggemar makanan ringan ini lebih berwaspada dan tidak cepat teruja menikmati pisang goreng yang dijual peniaga tanpa usul periksa, apatah lagi pisang goreng yang dijual itu menjadi kegilaan dan tumpuan masyarakat setempat.

Semua orang sanggup melakukan apa saja untuk mengejar keuntungan sehingga sesetengah tindakan menimbulkan keresahan.

Itulah yang berlaku apabila orang ramai mula resah dengan istilah pisang goreng plastik - satu lagi taktik terbaru peniaga yang membuat campuran bahan plastik dalam ramuan tepung sebelum digoreng bersama pisang untuk memastikan pisang goreng mereka kekal rangup berjam lamanya.

Beradasarkan maklumat diperoleh, taktik popular dan tidak melibatkan kos mula diamalkan peniaga pisang goreng.

Apa dilakukan, peniaga akan mencairkan bekas air mineral atau penyedut air dalam minyak panas sehingga sebati sebelum meletakkan pisang ke dalam minyak berkenaan.

Plastik yang sememangnya bersifat kedap udara akan menyaluti pisang tersebut membolehkan pisang tersebut kekal segar dan rangup.

Namun, apa yang membimbangkan, sejauh manakah peniaga ini sedar akan kesan kepada kesihatan pada jangka panjang? Apakah pula tindakan pihak tertentu bagi mengawal serta memantau kegiatan peniaga-peniaga ini?

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: