Saturday, August 29, 2009

Edward tidak pernah menipu isterinya

WASHINGTON - Senator Edward Kennedy yang meninggal dunia pada Selasa lalu akibat kanser otak, didapati tidak menipu isterinya menerusi rakaman perbualan yang diintip atas arahan Richard Nixon yang menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) pada 1970-an.

Nixon diminta mengarahkan secara rahsia perbualan Edward di antara Februari 1971 hingga Julai 1973 diintip bagi mencari bukti bahawa senator itu telah menipu isterinya.

Bagaimanapun, seorang pembantu Nixon melaporkan bahawa Edward 'amat bersih' sekali gus mengecewakan Nixon.

Nixon mengarahkan rakaman perbualan itu diintip kerana dia bimbang masa depannya untuk dipilih semula sebagai presiden akan musnah jika Edward bertanding.

Edward turut diberi jaminan oleh Nixon bahawa dia akan diberikan perlindungan oleh Perkhidmatan Rahsia AS semasa berkempen bagi mengelak senator itu mati ditembak seperti abangnya, bekas Presiden John F. Kennedy.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: