Tuesday, April 14, 2009

Malaika nafi hamil


MALAIKA ARORA-KHAN


DIA muncul dengan perut yang sedikit membuncit (foto) ketika mengayakan gaun rekaan Versace di pentas pertunjukan fesyen sempena Minggu Fesyen Lakme di Mumbai, baru-baru ini.

Justeru, spekulasi kini bertiup kencang di Bollywood mengenai aktres jelita, Malaika Arora-Khan yang dikatakan sedang hamil.

Namun, dia cepat-cepat menafikannya. "Saya tidak hamil! Spekulasi itu tidak benar sama sekali. Ia sangat mengganggu saya. Saya harap seseorang perlu membuat pengesahan terlebih dahulu sebelum mengumumkan kepada dunia bahawa saya mengandung," tegas Malaika kepada IANS.

Jadi, apakah alasan Malaika tentang perutnya yang dilihat membuncit itu?

"Saya rasa gaun itu terlalu ketat buat saya," tegasnya mempertahankan diri.

Dalam pada itu, Malaika memberitahu dia akan berehat daripada berlakon sehingga Jun depan.

"Saya akan memulakan dua projek filem baru selepas bulan Jun nanti," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: