Friday, April 3, 2009

Damian V.E kini solo

alt mce_tsrc=images/stories/damian-slolo-1.jpgDamian Mikhail atau Damian V.E kini jadi penyanyi solo pula. Bukan kerana kumpulan itu berpecah sebaliknya mereka berehat seketika.

"Semasa berehat ini bolehlah saya hasilkan album projek khas ini," kata Damian semasa berkunjung ke pejabat Mangga Online baru-baru ini.

Kini single pertamanya, Jelita sudah popular di corong radio. Damian yang banyak menghasilkan lagu untuk artis lain berharap peminat terima dia juga apabila merakam lagu solo.

Album berjudul SOUL-O dijangka dipasarkan pada bulan Jun.

Banyak pengalaman

Damian memulakan kerjaya seni beliau dari tahun 1994 sebagai penyanyi bersama beberapa kumpulan R&B seperti Soul Street dan V.E.

Kini beliau aktif dalam penulisan lagu, penerbitan album, komposer juga sebagai usahawan berjaya.

Antara karya-karya ciptaan beliau adalah nyanyian Datuk Siti Nurhaliza, (Siti Situ Sana Sini), Dayang Nurfaizah (Ku Ingin Mu Kembali), Too Phat (Ala Canggung, Anak Ayam) serta lagu popular V.E iaitu Party altLike This, Pop Ye Ye dan banyak lagi.

Bakatnya dihargai oleh industri muzik tempatan sehingga dilantik sebagai
penasihat vokal untuk rancangan realiti TV3, Gangstarz tahun lalu.

Sepanjang penglibatan beliau di dalam industri muzik, beliau telah meraih beberapa anugerah antaranya Anugerah MACP Kategori Lagu Inggeris Persembahan Terbanyak (2008), Album Pop Terbaik (2007) Anugerah Industri Muzik, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (2006), Rakaman Album Terbaik (2004), Album Inggeris Tempatan Terbaik (2004) dan Album Inggeris Terbaik (2002).

Bersama HisHouse Muzik, beliau dan pasukannya berhasrat untuk melebarkan sayap produktiviti dan kreativiti dalam penerbitan muzik dan membawa idea-idea baru untuk disuntik ke industri muzik tempatan. HisHouse Muzik baru sahaja melancarkan laman web mereka di www.hishousemuzik.com.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: