Friday, April 17, 2009

3 beranak rentung dalam kereta


KEADAAN kereta Perodua Kancil yang mengorbankan tiga beranak di Kilometer 16, Jalan Batu Pahat-Kluang, Johor semalam.


JOHOR BAHRU - Seorang ustazah dan dua anak perempuannya rentung apabila kereta Perodua Kancil yang mereka naiki terbakar selepas dilanggar sebuah bas ekspres di Kilometer 16, Jalan Batu Pahat-Kluang semalam.

Mereka yang maut ialah pemandu kereta itu, Siti Kalsom Borhan, 35, dan dua anaknya iaitu Sahira Aishah Hafiz, 6, dan Sahira Aliah, 3.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd. Aris berkata, kejadian berlaku pada pukul 10.50 pagi apabila bas ekspres dari Batu Pahat ke Kluang itu cuba memotong sebuah kereta lain tetapi terlanggar kereta Kancil terbabit.

"Bas terbabit melanggar kereta Kancil yang berhenti di tengah jalan untuk masuk ke Kampung Parit Kaspan sebelum mengheret kereta itu sejauh 30 meter dan kemudian terbakar," kata beliau.

Bagaimanapun, dalam kejadian itu katanya, pemandu bas dan lapan penumpangnya tidak cedera.

Berikutan itu, katanya, polis telah menahan pemandu bas tersebut yang kemudiannya didapati mempunyai enam saman yang kebanyakan berkaitan dengan memandu laju.

Difahamkan semasa kejadian, Siti Kalsom dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Parit Kaspan selepas menjemput Sahira Aishah dari sebuah sekolah tadika tidak jauh dari situ.

2 comments:

  1. pemandu bas tersebut harus diberi hukuman...
    tahan lesen dia

    ReplyDelete
  2. tahan lesen pemandu bas tersebut

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: