Sunday, April 12, 2009

200,000 serbu pameran komputer Pikom


RIBUAN warga kota menyerbu gerai-gerai yang menawarkan pelbagai gajet komputer di Pameran Komputer Pikom, KLCC, Kuala Lumpur semalam.


TARIK PERHATIAN. Pameran Komputer Pikom yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) selama tiga hari bermula Jumaat lalu hingga hari ini dijangka mampu menarik sehingga 200,000 pengunjung. Menurut Pengurus Projek pameran itu, Alice Lem, seramai 42,000 pengunjung hadir pada hari pertama manakala semalam lebih 70,000 membanjiri pameran itu dan jumlahnya dijangka lebih ramai hari ini. "Pada tahun lalu, jumlah pengunjung hanya 180,000 dengan kehadiran paling ramai pada hari terakhir," katanya sambil menyatakan terdapat 255 gerai yang dikendalikan oleh 180 syarikat pada pameran itu. Pelbagai produk berasaskan komputer, telefon bimbit, PDA, kamera digital terkini, komputer riba dan komputer peribadi edisi terbaru, telefon mudah alih skrin sentuh, permainan video, televisyen LCD serta pelbagai aksesori yang berkaitan boleh dibeli sepanjang pameran itu berlangsung.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: