NEW DELHI - INDIA. Pelik tapi benar. Itu yang berlaku di sebuah perkampungan di selatan India apabila seekor ular tedung selar jenis King Cobra yang masuk ke kampung dipercayai mencari air akibat musim kemarau.
‘Hajat’ ular sepanjang empat meter itu bagai difahami penduduk kampung yang kemudiannya memberi sebotol minuman.
Memetik laporan portal The Mirror, rakaman video menakjubkan itu menunjukkan ular berbisa itu mendapat bantuan air minuman.
Ular itu dilihat terdesak untuk mencari minuman kerana kepanasan akibat kemarau.
Kemudian, pekerja penyelamat hidupan liar tempatan dengan berani menghulurkan air minuman dari botol kepada ular tersebut.
Petugas yang berani itu turut menuang air ke atas kepala ular tedung tersebut untuk menyejukkan suhu panas pada tubuhnya sebelum dibawa ke sebuah kemudahan jagaan haiwan liar setempat.
Desa di negeri Kartanaka yang terletak 1,917 kilometer dari ibu kota New Delhi itu memang teruk kering kontang.
Bahkan, beberapa kawasan di selatan India kini dilanda kemarau buruk yang menyebabkan kekurangan sumber air.
Para pegawai hidupan liar berkata, kerana cuaca yang terlalu kering dan hujan yang tidak turun sepanjang beberapa hari telah menjejaskan kehidupan normal haiwan liar di kawasan itu.
Sementara itu, memetika laporan media tempatan, beberapa pekerja penyelamat secara spontan telah memberikan air kepada King Cobra itu selepas kebetulan menjumpai reptilia berkenaan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: