KUALA KRAI - Sebuah keluarga dari Kampung Manek Urai Baru terkejut melihat seekor ular tersepit pada siling rumah mereka, petang kelmarin.
Pemilik rumah terbabit, Yaacob Dollah, 61, berkata, kejadian disedari anak lelakinya yang kemudiannya memaklumkannya penemuan ular tersebut.
Katanya, walaupun terkejut dengan kehadiran tetamu tidak diundang itu, mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana bimbang keselamatan diri tambahan tidak memiliki kepakaran serta alat khusus.
Tambahnya, selepas itu mereka menghubungi dia dan melaporkannya kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi membolehkan haiwan tersebut dikeluarkan dari situ.
“Lebih sejam ular itu tersepit dari siling.
“Sebaik anggota APM tiba, mereka bawa keluar ular dan bawa balik ke pejabat,” katanya.
Sementara itu, Pegawai APM Kuala Krai, Leftenan Musa (PA) Mohd Hanif Omar berkata, APM menerima panggilan orang awam memaklumkan kejadian petang semalam.
Menurutnya, ular yang tersebit itu adalah jenis ular sawa tikus.
“Ketika ke rumah penduduk, ular itu telah pun berada di atas almari.
“Selepas ditangkap, ular terbabit dibawa balik ke APM Kuala Krai untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Beliau berkata, tangkapan kali ini adalah yang kesepuluh setakat tahun ini.
Menurutnya, ular seberat tiga kilogram dengan panjang dua meter itu ditangkap dua anggota APM.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: