AKTRES Angelina Jolie dikhabarkan sudah menjumpai rumah yang sesuai untuk diduduki bersama anak-anaknya selepas berpisah dnegan suami Brad Pitt.
Bintang Maleficent ini dilaporkan bakal membeli sebuah kediaman mewah yang terletak di Los Feliz, California.
Kediaman berharga lebih RM100 juta itu pernah dimiliki oleh Cecil B DeMille yang menjadi bangunan ikonik.
Kediaman mewah tersebut mempunyai enam bilik tidur serta dilengkapi dengan pelbagai fasiliti seperti kolam renang yang besar dan laman tembat beriadah untuk enam anaknya.
Ia dilihat benar-benar mementingkan keselesaan anak-anaknya dalam menjalani kehidupan seharian.
Jolie mempunyai enak orang anak termasuk anak angkatnya iaitu Maddox, Zahara, Pax, Shiloh, Vivienne, dan Knox.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: