KOTA BHARU - Seorang pesara tentera tidak menyangka cubaan kali pertama menyertai peraduan cabutan Sempena Hari Malaysia Julai lalu selepas membeli sebuah motosikal jenis Kawasaki ZR-800 melayakkan beliau memenangi hadiah utama motosikal Kawasaki Ninja H-2 di sini semalam.
Che Asmawi Che Kob, 43, yang berasal dari Kampung Gunong, Bachok berkata, kunjungan ke pengedar sah Kawasaki di Sen Heng motor, Taman Maju Julai tahun lalu hanyalah untuk membeli motosikal ZR-800 yang bernilai RM 58,500 dan mengisi borang peraduan terbabit.
“Memang saya tidak mengharapkan apa-apa pada mulanya. Lagipun saya hanya cuba suka-suka dan pertama kali menyertai peraduan seperti itu.
“Namun bila menerima panggilan dari pihak syarikat Kawasaki di Kuala Lumpur, saya tergamam pada mulanya. Memang tidak percaya, maklumlah kini banyak panggilan palsu dan penipuan dilakukan pihak bertanggungjawab,” katanya.
Che Asmawi berkata, oleh kerana tidak berpuas hati dengan panggilan itu, dia cuba menghubungi Seng Heng motor dan panggilan itu disahkan benar dan hadiah itu adalah sempena peraduan Hari Malaysia yang disertainya.
“Saya terkejut dan begitu teruja dengan hadiah ini. Namun inilah yang dikatakan ‘rezeki datang bergolek’ memandangkan motosikal ini merupakan hadiah utama yang bernilai RM153,500.
“Terima kasih kepada pihak Kawasaki Malaysia dan saya akan tunggang motosikal ini sebagai kenderaan utama biarpun sebelum ini sudah mempunyai sebuah motosikal Kawasaki ZR-800 yang saya beli sebelum ini,” katanya.
Bapa kepada empat anak ini juga merupakan ahli kelab motosikal berkuasa tinggi dan banyak menyertai sesi jelajah termasuk di Kuantan dan Terengganu.
“Saya amat meminati motosikal berkuasa tinggi sejak di bangku sekolah lagi dan impian untuk memiliki motosikal seumpama ini tercapai dan saya amat berasa bertuah,” katanya.
Sementara itu, Eksekutif Pemasaran Kawasaki Motor Malaysia, Alwyn Foo berkata, peraduan itu memberi peluang kepada pembeli motosikal bertuah memenangi pelbagai hadiah termasuk hadiah utama berkenaan.
“Tahniah kepada pemenang dan ia merupakan satu penghargaan pihak Kawasaki kepada pelanggan bertuah,” katanya.