Tuesday, April 11, 2017

Yang Se Chan & Jeon So Min Sertai Keluarga 'Running Man'




Dua ahli baharu program Running Man iaitu pelawak Yang Se Chan dan pelakon Jeon So Min. 
PELAWAK Yang Se Chan dan pelakon Jeon So Min dilaporkan bakal menyertai keluarga Running Man sebagai ahli tetap.
Kedua-dua mereka sebelum ini pernah muncul dalam program itu sebagai bintang jemputan.
Menurut laporan Allkpop, mereka terpilih kerana keserasian ditunjukkan Se Chan dan So Min dengan ahli-ahli sedia apa selain disukai penonton.
Buat permulaan Se Chan dan So Min akan menyertai pasukan 'Running Mates' bagi peserta baharu program itu.
Selain penambahan ahli baharu, program popular itu turut menukar format bagi memberi kelainan untuk musim terbaharu.
Running Man musim terbaharu sedang menjalani penggambaran di sekitar Korea Selatan.

Heliza Helmi Minta Pandangan Guru Agama Sebelum Mula Persembahan

Heliza Helmi PETALING JAYA:  Penyanyi Heliza Helmi memberitahu dia banyak merujuk tentang aurat suara wanita dalam menyanyi kepada ...