Tuesday, April 11, 2017

DIA Tambah Dua Anggota Baharu



DIA kini mempunyai sembilan orang anggota.
KUMPULAN DIA menambah dua anggota baharu sebagai persediaan untuk membuat kemunculan semula.
Koreaboo melaporkan DIA yang sebelum ini hanya mempunyai tujuh anggota mengambil keputusan menambah ahli bagi memantapkan lagi barisan hadapan kumpulan itu.
Perkara itu turut disahkan oleh syarikat pengurusan mereka iaitu MBK Entertainment.
Dua ahli baharu itu, Jooeun dan Somyi dikatakan mempunyai kekuatan vokal yang mantap dan akan mengampil alih tempat Seunghee yang meninggalkan DIA pada April tahun lalu.
Seunghee ketika itu memberi alasan ingin mengembangkan karier lakonannya sebagai punca dia meninggalkan DIA.
Sebagai langkah promosi, DIA melancarkan kembali lagu You Are My Flower pada 6 April lalu berserta konsert mini pada hari berikutnya sebelum tampil dengan album terbaharu iaitu YOLO.

Heliza Helmi Minta Pandangan Guru Agama Sebelum Mula Persembahan

Heliza Helmi PETALING JAYA:  Penyanyi Heliza Helmi memberitahu dia banyak merujuk tentang aurat suara wanita dalam menyanyi kepada ...