REMBAU – “Alhamdulillah, sejak pelihara kucing 30 tahun lalu, rezeki kami adik-beradik tak pernah putus walaupun hanya kakak saya sahaja yang bekerja sebagai tukang cuci di Chembong,” cerita Hasnah Jantan, 50, di kediamannya di Kampung Batu.
Hasnah berkata, pada mulanya dia hanya membela dua ekor kucing yang diberikan kenalannya sahaja, namun jumlahnya bertambah apabila kakaknya, Asmah Jantan, 53, turut menyokong minatnya itu dengan mengutip kucing jalanan untuk dibelanya.
Menurutnya, penduduk setempat dan kampung berhampiran juga ada yang mengetahui minatnya itu, turut memberikan kucing kepadanya untuk dijaga daripada terbiar begitu sahaja.
“Ikutkan kami bukan orang senang. Kakak pun gaji tak banyak tapi bila bela kucing ada saja rezeki yang masuk ke rumah kami.
“Ada saja orang datang bagi bantuan kerajaan, beras, makanan dan duit buat kami adik-beradik. Cukuplah untuk kami tiga beradik serta kucing-kucing kami makan.
“10 tahun dulu saya bekerja tapi sejak adik bongsu sakit, hanya kakak saja yang bekerja dan saya pula ambil alih tugas jaga adik serta urus rumah,” katanya.
Hasnah yang kini pelihara lebih 20 ekor kucing berkata, dia sudah tidak terkira berapa banyak kucing diberikan orang atau dikutip kakak untuk dibelanya sejak 30 tahun lalu, kerana ada kucing yang mati kerana tua ataupun terkena sakit.
Menurutnya, sekiranya boleh dirawat dia akan merawat kucing peliharaannya itu melalui ubat yang juga diberi kenalannya.
“Kadang-kadang tak sempat rawat dan kucing saya mati. Sedih bila ada kucing mati sebabnya saya sayang dengan kucing saya dan kucing-kucing inilah rezeki kami adik-beradik sentiasa ada.
“Apa yang kami makan, itulah yang kami beri kucing kami makan. Ada juga kenalan yang baik memberikan makanan kucing friskies.
Menurutnya, kerana sikapnya itu yang sangat menyayangi kucing menyebabkan dia sangat marah sekiranya ternampak ada individu yang sesuka hati menyepak atau menendang kucing.
“Ini memang pantang saya bila nampak orang buat macam tu kat kucing. Kucing kan binatang kesayangan Rasullullah SAW. Sebab itu saya marah bila ada orang aniaya kucing.
“Kalau tak mahu beri pada saya. Pernah juga saya terima kucing kurus untuk dibela dan sebaik dibela kucing berkenaan semakin gemuk,” katanya yang memberikan pelbagai nama kepada kucingnya seperti Kuntum, Ogy dan lain-lain lagi.
Hasnah berkata, selain menjadi peneman mereka adik-beradik, kucing-kucingnya itu juga pernah beberapa kali menjadi penyelamat apabila memberikan amaran terdapat ular yang menyorok di kawasan rumah.
“Pernah ada ular masuk ke bilik air dan saya lihat kucing saya mengusik-usik berulang kali di tempat tersorok berkenaan. Rupa-rupanya ada ular dan terus saya minta bantuan bomba untuk menangkapnya,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: