Monday, April 3, 2017

Peminat Siasat Wanita Dikatakan Kekasih Seungri




Seungri dikatakan sudah mempunyai teman wanita hasil siasatan yang dibuat oleh peminat penyanyi itu.
MUNGKIN berita ini akan membuatkan ramai wanita 'makan hati' kerana khabarnya penyanyi Seungri sudah mempunyai teman wanita.
Allkpop melaporkan anggota kumpulan Big Bang itu dikatakan sedang hangat bercinta dengan peminatnya sendiri!
Lebih mengejutkan peminat yang berjaya menambat hati Seungri itu bukannya berasal dari Korea tetapi Hong Kong.
Beberapa portal di Hong Kong turut melaporkan mengenai perkara itu selepas peminat membuat siasatan tentang wanita itu. Amboi!
Bukti bergambar hasil siasatan peminat berhubung teman wanita Seungri.
Peminat mendakwa wanita sama sering dilihat bersama penyanyi kesayangan mereka termasuk ketika menghadiri konsert Psy, tahun baharu dan hari kekasih pada Februari lalu.
Malah Seungri dikatakan turut membawa wanita itu ke Afrika, Maldives dan Japan.
Kelas sungguh siasatan peminat Seungri! Malah siap mengumpul bahan bukti bergambar bagi menguatkan dakwaan mereka.
Bagaimanapun Seungri masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan itu.

Bising & Bingit Itu Cara Saya - Achey

Achey jangka cara mengacara program Gema Gegar Vaganza akan dikritik. PETALING JAYA:  Pelawak Achey memberitahu dia diminta oleh pi...