DI pasaran, pelbagai jenis pilihan jenama dan reka bentuk jam tangan dijual bagi memenuhi cita rasa pengguna.
Bagi jam jenis analog, terdapat dua pilihan yang dijual di pasaran, sama ada jam ‘clockwise’ yang berputar dari kanan ke kiri (mengikut arah jam) atau jam tawaf (anticlockwise).
Kebiasaannya, kedua-dua jenis jam tersebut dikeluarkan dengan hanya satu penunjuk masa, yang memberikan waktu untuk satu negara sahaja.
Namun, kini muncul inovasi baharu dalam industri jam tangan apabila syarikat milik Bumiputera dikenali sebagai Fateh Time Piece Sdn Bhd (Fateh Time Piece), mengeluarkan jam tangan dengan dua penunjuk masa, dikenali sebagai Fateh Discovery Watches.
Presidennya, Zainal Mohd Ali berkata, Fateh Discovery Watches merupakan hasil ciptaannya, berdasarkan pengalamannya selama 43 tahun berkecimpung dalam industri jam tangan, dengan beberapa syarikat pengeluar jam tangan berjenama terkemuka dunia.
“Saya pernah mendapat latihan di Geneva, Switzerland dan bekerja di Malaysia, China dan Taiwan bersama syarikat pengeluar jam tangan terkenal," katanya.
Selepas bersara Disember tahun lalu, Zainal akhirnya merealisasikan impiannya untuk mencipta jam tangan yang unik, menggunakan jenama sendiri.
“Saya mengambil masa antara empat hingga lima bulan untuk menjalankan pembangunan dan penyelidikan (R&D), bagi menghasilkan jam tangan yang berlainan daripada di pasaran,” katanya.
Zainal berkata, jam itu memang direka sedemikian bagi memudahkan mereka yang menunaikan ibadah haji dan umrah, serta kegunaan ketika mengembara ke luar negara.
“Untuk penunjuk masa pertama, pengguna boleh set masa di Malaysia, manakala masa negara seperti Makkah boleh diset pada penunjuk masa kedua. Jadi pengguna boleh mengetahui masa untuk kedua-dua negara dalam satu jam yang sama. Ini akan memudahkan mereka untuk menghubungi keluarga.
“Jenama Fateh menjadi jam tangan pertama yang mempunyai dua pergerakan penunjuk masa, dengan arah yang berbeza,” katanya.
Jam tangan Fateh didatangkan dengan ciri-ciri seperti kalis air dengan jarak 50 meter, menggunakan ‘mineral glass’ dan ‘case’ keluli tahan karat, serta dilengkapi tali berkulit asli yang berkancing.
Sejak berada di pasaran empat bulan lalu, Fateh Discovery Watches mendapat sambutan menggalakkan dengan hampir 200 unit jam tangan terjual di seluruh negara.
Zainal berkata, Fateh Time Piece menjual jam tangan itu secara atas talian (online), 'offline' dan menerusi 10 ejen dropship serta pengedar yang dilantik di Selangor, Melaka dan Kelantan.
Fateh Discovery Watches didatangkan dalam tiga warna pilihan, iaitu ‘gold’, ‘rose gold’ dan ‘silver black’, yang dijual pada harga antara RM279 dan RM299, dengan tempoh waranti setahun.
Bagi jam jenis analog, terdapat dua pilihan yang dijual di pasaran, sama ada jam ‘clockwise’ yang berputar dari kanan ke kiri (mengikut arah jam) atau jam tawaf (anticlockwise).
Kebiasaannya, kedua-dua jenis jam tersebut dikeluarkan dengan hanya satu penunjuk masa, yang memberikan waktu untuk satu negara sahaja.
Namun, kini muncul inovasi baharu dalam industri jam tangan apabila syarikat milik Bumiputera dikenali sebagai Fateh Time Piece Sdn Bhd (Fateh Time Piece), mengeluarkan jam tangan dengan dua penunjuk masa, dikenali sebagai Fateh Discovery Watches.
“Saya pernah mendapat latihan di Geneva, Switzerland dan bekerja di Malaysia, China dan Taiwan bersama syarikat pengeluar jam tangan terkenal," katanya.
Selepas bersara Disember tahun lalu, Zainal akhirnya merealisasikan impiannya untuk mencipta jam tangan yang unik, menggunakan jenama sendiri.
“Saya mengambil masa antara empat hingga lima bulan untuk menjalankan pembangunan dan penyelidikan (R&D), bagi menghasilkan jam tangan yang berlainan daripada di pasaran,” katanya.
Tulisan rumi dan jawi
Menariknya, jam dua penunjuk masa Fateh Discovery Watches yang menggunakan pergerakan 'Japanese Quartz' itu didatangkan dalam dua angka berbeza iaitu dalam tulisan rumi dan jawi, serta mempunyai putaran berlainan bagi setiap penunjuk masa.Zainal berkata, jam itu memang direka sedemikian bagi memudahkan mereka yang menunaikan ibadah haji dan umrah, serta kegunaan ketika mengembara ke luar negara.