Monday, April 17, 2017

IU Tampilkan G-Dragon Dan Oh Hyuk Dalam Album 'Palette'




SETELAH hit dengan lagu Through The Night, penyanyi sensasi IU kini bergandingan bersama Oh Hyuk menerusi lagu Can’t Love You Anymore.
Dilancarkan pada 7 April lalu, lagu tersebut berjaya menduduki tangga pertama di enam carta muzik Korea.
Malah dalam album keempat ini juga, IU bergandingan bersama G-Dragon menerusi lagu Palette.
Berdasarkan senarai trek lagu yang disiarkan portal AllKpop, IU menulis sendiri semua lirik lagu dalam album tersebut kecuali trek kesembilan iaitu Love Like That.
Album Palette yang memuatkan 10 buah lagu bakal dilancarkan pada 21 April ini.
Sebelum ini IU pernah menerbitkan tiga album iaitu Growing UpLast Fastasy dan Modern Times.

Heliza Helmi Minta Pandangan Guru Agama Sebelum Mula Persembahan

Heliza Helmi PETALING JAYA:  Penyanyi Heliza Helmi memberitahu dia banyak merujuk tentang aurat suara wanita dalam menyanyi kepada ...