SELEPAS dinobatkan sebagai Naib Juara dalam pertandingan Anugerah Juara Lagu (AJL) Januari lalu, melalui lagu Terimaku Seadanya duet bersama Hafiz Suip, perjalanan karier penyanyi bersuara emas Misha Omar dilihat semakin rancak.
Walaupun jarang muncul di media massa, namun kelibatnya terus dirindui.
Buktinya dalam Anugerah MeleTOP ERA (AME) 2017, Misha terkejut kerana namanya turut tercalon dalam kategori Grup/Duo MeleTOP ERA. Apatah lagi, anugerah ini merupakan hasil undian peminat.
“Apabila mendapat tahu nama saya turut tercalon dalam kategori Grup/Duo MeleTOP ERA bersama Hafiz, saya rasa syukur dan berterima kasih.
“Maknanya berkesan jugalah taktik saya untuk tampil semula. Mungkin dengan memotong rambut pendek apabila berduet dengan orang muda, feel juga baru dan dapat peminat baru.
“Alhamdulillah tidak menyangka tercalon dalam kategori tersebut. Jadi saya berterima kasih kepada peminat dan daripada pihak Hafiz juga mengucapkan yang sama,” ujarnya.
Bagaimanapun, Misha mengakui antara barisan artis yang tercalon di dalam kategori itu semuanya hebat-hebat belaka.
“Harapan tipis sekali sebab Datuk Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir ada dalam kategori yang dipertandingkan,” katanya berseloroh.
Antara bintang lain yang memberi saingan ialah, Akim & The Majistret, Caliph Buskers dan Syamsul Yusuf bersama Mawi.
Kembali beraksi
Misha tidak menafikan perancangan untuk muncul semula dengan sebuah album penuh cuma menanti masa yang sesuai.
“Insya-ALLAH, rezeki ALLAH tetapkan dan saya hanya berusaha buat masa ini dengan single solo.
“Buat permulaan saya muncul dengan single duet bersama Adibah Noor berjudul Jiwa Sentuh Jiwa.
“Manakala single solo untuk lagu tema drama siri (OST) dirancang dikeluarkan selepas hari raya nanti. Saya rasa biarlah fokus satu demi satu," ujarnya.
Mengagumi semangat ramai rakan artis berani mempertaruhkan album penuh seperti Dayang Nurfaizah, Misha terpanggil untuk turut melakukan perkara yang sama.
“Saya memang mengagumi dengan kesungguhan artis-artis yang sudah mula melancarkan album penuh, contohnya Dayang Nurfaizah. Jatuh bangun dalam industri, Dayang tetap terus mara.
“Walaupun pasaran album itu suram, tetapi mereka yakin dan peminat pun akan beli dan menyokong,” tuturnya berharap mahu kekal di lapangan seni.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: