ANAK lelaki kepada penyanyi Madonna iaitu Rocco Ritchie kini bergelar seorang model apabila membuat kemunculan pertama dalam kempen terbaharu jenama Adidas.
E! Online melaporkan ramai terkejut dengan penampilan sulung remaja berusia 16 tahun itu kerana sebelum ini dia sering menimbulkan masalah.
Bagaimanapun kemunculannya sebagai model jelas membuktikan dia cuba memperbaiki dirinya dan melakukan sesuatu untuk diri sendiri.
Rocco tampil memperagakan koleksi terbaharu Adidas untuk musim bunga rekaan pereka fesyen terkenal Alexander Wang.
Dengan gaya jalanan, Rocco memberikan aksi istimewa untuk kempen pertamanya itu menerusi dua koleksi terbaharu Adidas.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: