SYDNEY - AUSTRALIA . Pelunturan terumbu karang selama dua tahun berturut-turut di Great Barrier Reef, Australia, memusnahkan harapan untuk ia kembali pulih dan kawasan tersebut kini sekali lagi dilanda pemanasan suhu laut.
Ahli biologi marin di Universiti James Cook, James Kerry berkata, pelunturan karang tidak semestinya membunuh hidupan marin itu, namun pihaknya menjangkakan tahap kehilangan terumbu yang tinggi.
"Ia memerlukan sekurang-kurangnya satu dekad untuk pemulihan penuh. Jadi, fenomena pelunturan besar-besaran dalam tempoh 12 bulan menjadikan peluang pemulihan kepada sifar untuk terumbu yang rosak tahun lalu," jelasnya.
Bulan lalu, penyelidik telah mengesan satu lagi pelunturan untuk tahun ini, setelah kejadian sama berlaku pada 2016 dan kebimbangan tersebut disahkan selepas tinjauan udara seluas 2,300 kilometer.
Susulan daripada itu, satu pertiga dari kawasan utara terumbu karang yang tersenarai dalam Warisan Dunia itu, kini diisytiharkan mengalami kesan paling teruk.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: