Tuesday, April 11, 2017

Lee Joon Gi & Jeon Hye Bin Hangat Bercinta




Pasangan ini mula mengenali antara satu sama lain sejak berlakon dalam drama “Gunman in Joseon” pada 2014.
AKHIRNYA pasangan pelakon Lee Joon Gi dan Jeon Hye Bin mengakui mempunyai hubungan istimewa sejak pertama kali digandingkan bersama menerusi drama pada 2014.
Menurut laporan portal soompi.com, hubungan cinta pasangan itu disahkan agensi yang dinaungi mereka iaitu Namoo Actors.
"Lee Joon Gi dan Jeon Hye Bin bertemu sebagai rakan kerja melalui drama pada tahun 2014. Namun ketika laporan mengaitkan hubungan cinta tersebar pada ketika itu, mereka sekadar berkawan baik.
"Walau bagaimanapun hubungan itu semakin berkembang dan mereka dilihat lebih mesra sehingga awal 2016," demikian menurut kenyatan Namoo Actors.
Tambah kenyataan itu lagi, pasangan itu terpaksa mengambil masa yang lama untuk mendedahkan mengenai hubungan mereka kerana mahu berhati-hati dalam isu percintaan.
"Mereka mempunyai banyak persamaan sebagai kawan dan mula tertarik antara satu sama lain.
"Selepas menghabiskan banyak masa bersama, mereka kini semakin selesa," kata kenyataan itu lagi.

Heliza Helmi Minta Pandangan Guru Agama Sebelum Mula Persembahan

Heliza Helmi PETALING JAYA:  Penyanyi Heliza Helmi memberitahu dia banyak merujuk tentang aurat suara wanita dalam menyanyi kepada ...