ZURRIYAT Ventures Sdn Bhd melalui Malaysia Islamic Children Fair (MICF), membuka peluang kepada usahawan untuk menyertai mereka pada penganjuran MICF kali ke-5 2017 yang akan diadakan pada Julai ini.
Pengarah Urusannya, Lily Maznah Muas berkata, pihaknya menyediakan sehingga 70 tapak gerai untuk disewakan kepada pihak yang berminat pada ekspo yang akan diadakan bermula 26 sehingga 30 Julai 2017 di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (Maeps).
"Tahun ini sedikit kelainan kerana ekspo bermula pada hari persekolahan. Kami akan adakan program dan aktiviti melibatkan sekolah iaitu pada hari Rabu hingga Jumaat, dari jam 9 pagi hingga 9 malam. Justeru kami percaya banyak sekolah akan menyertai MICF kali ini," katanya.
Menurutnya, mereka yang berminat untuk menyertai gerai jualan dan pameran MICF, perlu sesuai dengan objektif mengetengahkan perkhidmatan dan produk kanak-kanak Muslim.
“Contohnya pendidikan, produk makanan, pakaian dan kekeluargaan. Terbuka juga kepada usahawan yang mempunyai produk atau perkhidmatan sesuai untuk ibu bapa serta sekolah untuk menyertai MICF,” katanya.
Lily Maznah berkata, hampir separuh gerai jualan telah disewakan dan pihaknya masih membuka peluang bagi mereka yang berminat dengan pakej bermula RM1,500 sehingga RM5,000.
“Sehingga penghujung bulan ini, kami menawarkan harga promosi (early bird) kepada pemohon terawal untuk menyewa gerai di MICF iaitu RM3,000 hingga RM3,500 sehingga penghujung bulan ini.
"Selepas tarikh tersebut, harga kembali seperti biasa iaitu pemohon perlu menambah RM500 untuk setiap pakej, dan tempoh akhir bayaran penuh selewatnya sebelum menjelang hari raya bagi memudahkan kami menguruskan segala persiapan,” katanya.
Selain itu, Lily Maznah berkata, pihaknya turut menawarkan pakej untuk mereka yang ingin menjadi rakan penyokong MICF dengan tawaran harga RM5,000.
“Kelebihan pakej tersebut selain mendapat gerai jualan dan pameran, mereka akan mendapat liputan percuma daripada rakan kerjasama, antaranya dari Sinar TV dan Kumpulan Media Karangkraf.
“Untuk pakej itu juga, usahawan diberi ruang mempromosikan produk di pentas utama secara percuma,” katanya.
“Terdapat lima pertandingan yang akan diadakan, antaranya pertandingan cabaran arkitek muda, pertandingan bercerita haiwan di dalam al-Quran, pencarian bakat muda Muslim, pencarian muazin muda dan pencarian solehah cilik.
“Kesemua pertandingan dan pencarian yang dilakukan sebagai salah satu cara mendidik anak-anak untuk berani, yakin serta inovasi,” katanya.
Selain itu, menariknya pada MICF kali ini, setiap gerai jualan dan pameran akan dibahagikan mengikut zon dengan tema yang berbeza.
“Ada zon pendidikan, zon produk, zon permainan dan juga zon hiburan. Kesemua gerai jualan yang menyertai juga kami lebih mahukan mereka bukan sekadar mahu mengejar jualan tetapi lebih kepada pendidikan pemasaran.
“Contoh di zon pendidikan yang melibatkan perbankan, anak-anak akan didedahkan mengenai tabungan dan pelaburan,” katanya.
Menurutnya, bagi penganjuran MICF tahun ini, pihaknya menyasarkan seramai 35,000 pengunjung akan hadir pada acara itu.
Katanya, pengunjung dan usahawan yang menyertai MICF turut berpeluang ke Pesta Buku Malaysian Book Publishers Association (Mabopa) yang berlangsung sama pada tarikh tersebut.
“Kepada sesiapa yang menyewa gerai daripada kami, mereka mempunyai kelebihan akan mendapat pengunjung dari dua program dalam satu masa,” katanya.
Pengarah Urusannya, Lily Maznah Muas berkata, pihaknya menyediakan sehingga 70 tapak gerai untuk disewakan kepada pihak yang berminat pada ekspo yang akan diadakan bermula 26 sehingga 30 Julai 2017 di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (Maeps).
"Tahun ini sedikit kelainan kerana ekspo bermula pada hari persekolahan. Kami akan adakan program dan aktiviti melibatkan sekolah iaitu pada hari Rabu hingga Jumaat, dari jam 9 pagi hingga 9 malam. Justeru kami percaya banyak sekolah akan menyertai MICF kali ini," katanya.
Menurutnya, mereka yang berminat untuk menyertai gerai jualan dan pameran MICF, perlu sesuai dengan objektif mengetengahkan perkhidmatan dan produk kanak-kanak Muslim.
Lily Maznah berkata, hampir separuh gerai jualan telah disewakan dan pihaknya masih membuka peluang bagi mereka yang berminat dengan pakej bermula RM1,500 sehingga RM5,000.
“Sehingga penghujung bulan ini, kami menawarkan harga promosi (early bird) kepada pemohon terawal untuk menyewa gerai di MICF iaitu RM3,000 hingga RM3,500 sehingga penghujung bulan ini.
"Selepas tarikh tersebut, harga kembali seperti biasa iaitu pemohon perlu menambah RM500 untuk setiap pakej, dan tempoh akhir bayaran penuh selewatnya sebelum menjelang hari raya bagi memudahkan kami menguruskan segala persiapan,” katanya.
Selain itu, Lily Maznah berkata, pihaknya turut menawarkan pakej untuk mereka yang ingin menjadi rakan penyokong MICF dengan tawaran harga RM5,000.
“Kelebihan pakej tersebut selain mendapat gerai jualan dan pameran, mereka akan mendapat liputan percuma daripada rakan kerjasama, antaranya dari Sinar TV dan Kumpulan Media Karangkraf.
“Untuk pakej itu juga, usahawan diberi ruang mempromosikan produk di pentas utama secara percuma,” katanya.
Pelbagai acara menarik
Bertemakan Let’s Unite & Lead, Lily Maznah berkata, MICF kali ini turut mengadakan beberapa pertandingan yang boleh disertai pelajar dari pelbagai sekolah rendah dan menengah.“Terdapat lima pertandingan yang akan diadakan, antaranya pertandingan cabaran arkitek muda, pertandingan bercerita haiwan di dalam al-Quran, pencarian bakat muda Muslim, pencarian muazin muda dan pencarian solehah cilik.