TOKYO - JEPUN. Terdapat mitos mendakwa bahawa kucing tidak boleh dilatih namun ia terbukti tidak benar apatah lagi jika melibatkan makanan, lapor Huffington Post.
Sebuah video menjadi tular di media sosial mengenai dua ekor kucing yang membunyikan loceng untuk meminta makanan membuatkan orang ramai merasa kagum.
Antara sebab utama video itu mula menjadi tular kerana kecomelan kedua-dua ekor kucing itu sendiri.
Di samping itu, terdapat juga video yang dimuat naik di laman Twitter di mana kucing tersebut turut bermain gitar.
Sementara itu, pengasas sarkas kucing The Amazing Acro-Cats, Samantha Martin turut mengesahkan dakwaan bahawa kucing sebenarnya boleh dilatih.
“Mana-mana kucing boleh dilatih untuk melakukan sesuatu serta ia sangat bagus untuk merangsang mental kucing disamping menguatkan ikatan antara tuan dan haiwan peliharaan mereka.
“Selain itu, ia juga dapat membendung kelakukan buruk haiwan peliharaan anda,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: