Monday, April 3, 2017

Treler Filem 'IT' Ditonton 197 Juta Kali Dalam Sejam




Filem IT bakal menemui penonton pada 8 September depan.
NAMPAKNYA si 'badut' telah mengambil alih internet dengan penuh gaya!
Pihak Warner Bros. baru-baru ini melancarkan sedutan treler pertama filem adaptasi daripada Stephen King iaitu IT dan ia mencetuskan fenomena.
Mana tidaknya, dalam tempoh 24 jam ia dilancarkan treler tersebut telah mencecah tontontan sebanyak 197 juta di pelbagai platfrom media sosial.
Lapor Hollywood Reporter, ia sekaligus memecahkan rekod dipegang oleh The Fate of the Furious: Fast 8 yang mendapat 139 juta dalam tempoh sama.
Dalam pada itu, treler IT di Facebook sahaja mendapat 81 juta tontonan dan ia turut berada di tangga pertama menerusi carta trending di Youtube.
Filem itu bakal menampilkan barisan pelakon seperti Bill Skasgard, Jaeden Lieberher, Finn Wolfhard, Jack Dylan Grazer dan Jeremy Ray Taylor.
Ia bakal menemui penonton di pawagam pada 8 September depan.

Bising & Bingit Itu Cara Saya - Achey

Achey jangka cara mengacara program Gema Gegar Vaganza akan dikritik. PETALING JAYA:  Pelawak Achey memberitahu dia diminta oleh pi...