HENAN - CHINA . Kisah seorang lelaki menjadi inspirasi selepas kegigihannya menyara keluarga sejak empat dekad walapun kakinya kudung.
Xi Tiangen, 60, kehilangan kaki selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika berusia 19 tahun dan sejak dari itu, dia mula menggunakan tangan sepenuhnya bekerja di ladang keluarga di daerah Henan.
Apabila bapanya meninggal dunia pada tahun 1986, Xi terpaksa menggalas tanggungjawab sepenuhnya menjaga ibu dan adiknya yang cacat.
Selain dari bekerja di ladang, Xi turut membuat kerja rumah yang lain seperti membasuh baju dan menyediakan makanan untuk keluarga sehinggalah ibunya meninggal dunia pada tahun 2006, diikuti adiknya pada tahun 2015.
Walaupun tanggungjawabnya makin berkurang, Xi tetap gigih bekerja di ladang malah tangannya menjadi bengkok kerana kuat bekerja.
Kisahnya mendapat perhatian beberapa penduduk setempat yang bermurah hati memberikan sumbangan kecil membolehkan Xi menerima elaun bulanan sebanyak 130 RMB (RM82).
Netizen turut berharap Xi akan bersara dan menjalani kehidupan tuanya dengan sewajarnya.