Monday, April 3, 2017

Nadia Brian Belum Penat Galas Watak Berat



Nadia gembira apabila bakat lakonannya mula mendapat perhatian penerbit. 
KUALA LUMPUR: Setelah beberapa kali diberi kepercayaan membawa watak berat dalam drama, pelakon Nadia Brian mengakui selesa beraksi dengan karakter penuh emosi.
Menurut Nadia, 26, watak berat atau 'air mata' menjadikan dia lebih fokus menjayakan sesebuah naskhah yang diberikan kepadanya.
"Sekarang saya banyak terima tawaran berlakon watak berat yang banyak bermain dengan emosi.
Nadia pertama kali digandingkan dengan pelakon Syafie Naswip menerusi drama Sape Dari Itali.
"Sebagai pelakon baharu saya seronok jayakan watak sebegini kerana ia boleh mengasah bakat lakonan saya," katanya.
Terbaharu Nadia atau nama sebenarnya Najwa Mohamed Rashidi tampil dengan drama 26 episod berjudul Sape Dari Itali yang disiarkan mulai 23 Mac lalu di TV2.
Selain itu pelakon yang mula dikenali menerusi drama Akulah Balqis ini berkata, peluang membawakan watak berusur berat perlu dimanfaatkannya sebaik mungkin kerana ia tenyata menguji kemampuannya.
"Watak sebegini banyak mendidik disiplin saya dalam bidang ini. Seperti dalam drama Sape Dari Itali, pengarah menuntut saya bermain dengan emosi yang pelbagai.
"Walaupun pada mulanya saya agak tertekan ketika memulakan pengambaran, tapi kehadiran pelakon berpengalaman lain banyak membantu saya menjiwai watak.
"Ia satu naskhah yang sangat berat dan menyentuh perasaan kerana di dalamnya saya perlu tampilkan perasaan sedih, gembira serta kecewa,"  katanya.
Tambah Nadia, kesungguhannya menjawayakn watak berat dalam lakonan banyak dipengaruhi pelakon dan pengarah Erma Fatima.
"Dia banyak bantu kembangkan bakat saya dalam bidang ini. Sehingga kini saya sering menjadikan dia sebagai tempat rujukan jika menerima sesuatu tawaran.
"Saya akan dapatkan pandangan dia terlebih dahulu. Dia akan sokong saya terima apa sahaja watak yang mencabar dengan naskhah yang baik," katanya.
Bercerita mengenai perjalananan seninya, Nadia berkata dia sedang menjalani penggambaran telefilem Haluan bersama pelakon Reen Rahim.
Menerusi telefilem itu dia membawa watak sebagai wanita gelandangan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: