MINAT dalam bidang kecantikan, mendorong Fatin Amirah Zaabar, 26, atau lebih dikenali sebagai Temy menghasilkan produk kecantikan sendiri dengan menggunakan bahan dari dapur rumahnya.
"Ia bermula sejak 2012. Ketika itu, produk homemade belum lagi terkenal di negara ini, yang ada pun hanyalah bedak sejuk kampung.
“Kami bermula dengan menjual sabun muka menggunakan beras dan susu (rice milk soap), kemudian skrub pencerahan badan dan skrub kopi yang akhirnya menjadi ‘fenomena’ kepada pencinta produk kecantikan,” kata bekas graduan bidang perakaunan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini.
Turut mendapat sokongan suami tercinta, Muhammad Faris Ramli, 26, ibu kepada seorang cahaya mata ini, semakin optimis dengan produk yang dihasilkan dan berjaya membuka butik kecantikan sendiri, Irissential yang kini dinamakan Temyracle, di Pengkalan Chepa, Kelantan.
“Alhamdulillah, Temyracle kini semakin berkembang dan sudah mempunyai 280 ejen di seluruh Malaysia termasuk, Singapura, Brunei dan Indonesia,” katanya.
Menurut Temy, situasi itu didorong oleh kesedaran orang ramai yang kini mula beralih kepada produk semula jadi.
"Temyracle dihasilkan menggunakan bahan semula jadi yang berkualiti tinggi yang diimport dari luar negara.
"Kopi, minyak geranium dan madu asli misalnya diimport dari New Zealand dan Australia.
“Setakat ini, Temyracle mempunyai enam produk, malah coffee scrub detox mask dan skrub bibir sering mendapat permintaan tinggi.
“Selain itu, kami juga mempunyai produk skrub muka dan badan serta sabun beras dan susu yang selamat digunakan untuk semua golongan, termasuk ibu mengandung dan menyusu.
"Paling penting, produk ini selamat dan telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.
“Kebanyakan pelanggan adalah penuntut institusi pengajian tinggi dan pekerja pejabat.
"Malah kami juga sedia memberikan peluang kepada mereka untuk menjana pendapatan bersama Temyracle sebagai wakil jualan.
“Kami juga berhasrat mengembangkan perniagaan ke luar negara,” katanya.
Berkongsi cabarannya sebagai usahawan muda, Temy memaklumkan, produknya pernah ditiru pihak tidak bertanggungjawab sehingga syarikatnya hilang pelanggan.
“Saya juga hampir hilang semangat apabila orang meniru produk kami.
"Namun setelah pelanggan menyedari kualiti produk mereka tidak setanding kami, maka ia menjadi kelebihan buat kami untuk terus maju ke hadapan," katanya yang turut berdepan ujian besar apabila butiknya rosak teruk akibat banjir besar di Kelantan pada 2014.
Bagaimanapun, akui Temy, dia kini mampu berbangga dengan kejayaan Temyracle. Dengan modal RM1,000, siapa sangka, dia kini mampu meraih pendapatan sehingga enam angka.
"Saya nekad untuk kembangkan lagi perniagaan ke luar negara terutama di Timur Tengah dan Eropah,” katanya yang boleh dihubungi menerusi Facebook Temyracle HQ dan Instagram temyracle.hq.
"Ia bermula sejak 2012. Ketika itu, produk homemade belum lagi terkenal di negara ini, yang ada pun hanyalah bedak sejuk kampung.
“Kami bermula dengan menjual sabun muka menggunakan beras dan susu (rice milk soap), kemudian skrub pencerahan badan dan skrub kopi yang akhirnya menjadi ‘fenomena’ kepada pencinta produk kecantikan,” kata bekas graduan bidang perakaunan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini.
Turut mendapat sokongan suami tercinta, Muhammad Faris Ramli, 26, ibu kepada seorang cahaya mata ini, semakin optimis dengan produk yang dihasilkan dan berjaya membuka butik kecantikan sendiri, Irissential yang kini dinamakan Temyracle, di Pengkalan Chepa, Kelantan.
Menurut Temy, situasi itu didorong oleh kesedaran orang ramai yang kini mula beralih kepada produk semula jadi.
"Temyracle dihasilkan menggunakan bahan semula jadi yang berkualiti tinggi yang diimport dari luar negara.
"Kopi, minyak geranium dan madu asli misalnya diimport dari New Zealand dan Australia.
“Setakat ini, Temyracle mempunyai enam produk, malah coffee scrub detox mask dan skrub bibir sering mendapat permintaan tinggi.
“Selain itu, kami juga mempunyai produk skrub muka dan badan serta sabun beras dan susu yang selamat digunakan untuk semua golongan, termasuk ibu mengandung dan menyusu.
"Paling penting, produk ini selamat dan telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.
Tawar harga berpatutan
Temy memberitahu, harga produk yang ditawarkan juga sangat berpatutan iaitu bermula dari RM9 hingga RM42.“Kebanyakan pelanggan adalah penuntut institusi pengajian tinggi dan pekerja pejabat.
"Malah kami juga sedia memberikan peluang kepada mereka untuk menjana pendapatan bersama Temyracle sebagai wakil jualan.
“Kami juga berhasrat mengembangkan perniagaan ke luar negara,” katanya.
Berkongsi cabarannya sebagai usahawan muda, Temy memaklumkan, produknya pernah ditiru pihak tidak bertanggungjawab sehingga syarikatnya hilang pelanggan.
“Saya juga hampir hilang semangat apabila orang meniru produk kami.
"Namun setelah pelanggan menyedari kualiti produk mereka tidak setanding kami, maka ia menjadi kelebihan buat kami untuk terus maju ke hadapan," katanya yang turut berdepan ujian besar apabila butiknya rosak teruk akibat banjir besar di Kelantan pada 2014.
Bagaimanapun, akui Temy, dia kini mampu berbangga dengan kejayaan Temyracle. Dengan modal RM1,000, siapa sangka, dia kini mampu meraih pendapatan sehingga enam angka.
"Saya nekad untuk kembangkan lagi perniagaan ke luar negara terutama di Timur Tengah dan Eropah,” katanya yang boleh dihubungi menerusi Facebook Temyracle HQ dan Instagram temyracle.hq.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: