Monday, April 3, 2017

Zayn Malik Menyorok Dalam Troli Pakaian Kotor




POPULARITI bekas ahli kumpulan One Direction iaitu Zayn Malik tidak terjejas biarpun mengambil keputusan keluar daripada kumpulan berkenaan.
Penyanyi lagu Pillowtalk itu masih mendapat perhatian daripada peminat-peminat fanatiknya jika berada di tempat umum.
Zayn dilaporkan terpaksa bersembunyi di dalam troli berisi pakaian kotor semata-mata untuk keluar daripada sebuah hotel ketika berada di Paris.
"Ribuan peminat menantinya di luar hotel, Zayn perlu bersembunyi di dalam troli berisi baju-baju kotor dan dihantar hingga ke keretanya," ujar sumber kepada Mirror.
Kekasih kepada model Gigi Hadid itu sedang dalam proses pembikinan album solo pertamanya.
Terdahulu, Zayn melancarkan single solo terbaharu berjudul Still Got Time dengan kolaborasi bersama Frank Dukes dan Murda Beatz.

Heliza Helmi Minta Pandangan Guru Agama Sebelum Mula Persembahan

Heliza Helmi PETALING JAYA:  Penyanyi Heliza Helmi memberitahu dia banyak merujuk tentang aurat suara wanita dalam menyanyi kepada ...