TERUJA dengan kehamilan isteri, Aliff Aziz bagaimanapun belum bersedia untuk berkongsi jantina bakal bayinya itu.
Pelantun lagu Kalau Cinta itu beranggapan masih terlalu awal untuk berkongsi kepada umum mengenai perkara tersebut.
“Saya dan isteri dah tahu jantina bayi, tapi biarlah dulu. Lagipun, masih terlalu awal untuk dikongsi.
“Tunggulah, apabila tiba masanya nanti,” katanya kepada Media Hiburan.
Kini, isterinya Bella Astillah hamil enam bulan dan dijangka bersalin Julai nanti.
Biarpun teruja, pemilik nama penuh, Mohamad Aliff Aziz ini mengakui bimbang tidak dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan baik.
“Di awal kandungan, keadaan Bella agak beremosi, apatah lagi dia juga menjadi pemarah dan mudah penat.
“Saya faham, situasi itu kerana perubahan hormon. Lagipun, ini pengalaman pertama saya, jadi saya dan Bella perlu banyak belajar terutamanya ilmu keibubapaan,” katanya yang turut menerima nasihat daripada keluarga dan rakan-rakan.
Pada masa sama, Aliff bersyukur dan menerima apa juga rezeki yang sudah ditetapkan ALLAH SWT dalam industri seni ini.
“Orang cakap ada rezeki yang ALLAH sudah tetapkan untuk orang yang ingin berkahwin dan orang yang sudah berkahwin.
“Saya percaya ALLAH SWT sudah aturkan semuanya, macam sekarang banyak rezeki saya dalam bidang lakonan.
“Alhamdulillah, rezeki saya semakin murah. Saya terima bermacam-macam tawaran sehingga tak menang tangan.
Terbaru, penyanyi lagu Jangan Ganggu Pacarku ini sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Di Sebalik Wajah yang turut membariskan Diana Danielle sebagai teraju utama.
“Saya membintangi drama berkenaan disebabkan jalan ceritanya yang menarik.
“Seperti ada semangat baru setiap kali hendak ke lokasi kerana saya meminati plot drama bersiri ini,” katanya.
Selain itu, drama rantaian lakonannya bersama Mira Filzah, Meh Sandar Padaku, sedang bersiaran menerusi slot Dahlia, TV3.