Monday, April 3, 2017

Zulin Aziz Tiada Hak Mainkan Lagu Sendiri



Zulin tampil dengan single pertama berjudul Terbiar. 
PETALING JAYA: Penyampai radio Suria Fm Zulin Aziz memberitahu dia tiada kuasa untuk memainkan single pertamanya iaitu Terbiar di stesen radio berkenaan.
Zulin berkata, sebagai penyampai dia hanya bertanggungjawab untuk mengendalikan segmen pagi sahaja dan tidak terlibat dalam sebarang susunan lagu di radio tersebut.
"Saya tidak boleh mainkan lagu saya sendiri kerana pemilihan dan susunan lagu dibuat oleh pihak lain yang bertanggungjawab.
"Saya hanya menjadi penyampai sahaja dan setiap hari sudah ada susunan lagu-lagu yang ditetapkan," katanya.
Bagaimanapun, Zulin berkata, dia bersyukur stesen radio tersebut memberi sokongan penuh terhadap kerjaya nyanyiannya.
Malah, memberi ruang kepada lagu berkenaan dimainkan.
"Saya sudah tahu risiko buat lagu ialah tidak akan dimainkan di stesen radio lain dan Alhamdulillah Suria Fm memberi ruang kepada lagu saya.
"Tapi saya percaya peminat saya masih boleh mendengar lagu tersebut di platform lain seperti internet dan streaming.
"Zaman sekarang peminat tidak tunggu lagu dimainkan di radio sebaliknya mencari lagu berkenaan di mana-mana sumber," ujarnya.
Selain itu, Zulin berkata, sambutan agak memberangsangkan apabila lagu berkenaan sudah menerima 200,000 tontonan di youtube sejak dilancarkan 10 Mac lalu.
Katanya, ia satu pencapaian yang baik buat percubaan pertamanya sebagai penyanyi.
Lagu genre bossa balada itu dicipta oleh Aiyad Sakti dan Ijoo Omar.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: