PETALING JAYA:Pelakon Sharnaaz Ahmad mengakui merasai debaran yang hebat ketika menunggu saat diijabkabulkan dengan pasangannya Noor Nabila pada malam Jumaat.
Sharnaaz, 32, berkata, perkara tersebut dirasakan lebih berat daripada mengacarakan program siaran langsung yang ditonton seluruh negara.
"Debaran menunggu saat-saat ijab kabul sangat hebat sukar untuk digambarkan, saya rasa ia lebih hebat daripada program siaran langsung yang pernah saya lakukan sebelum ini.
"Walaupun ditonton hanya satu dewan ini sahaja, tapi saya dapat rasakan ada satu tanggungjawab besar yang perlu saya lakukan selepas ini. Namun saya bersyukur semuanya berjalan lancar," ujarnya.
Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad selamat bergelar suami kepada kakak Neelofa iaitu Noor Nabila dengan sekali lafaz.
Pasangan ini diijabkabulkan pada malam Jumaat.
Pasangan itu disatukan dalam sebuah majlis sederhana kira-kira pukul 9.15 malam di Hotel Royale Chulan, dekat sini.
Dalam pada itu, pelakon drama Awak Sangat Nakal ini turut berharap dikurniakan enam orang cahaya mata dalam perkahwinan yang baharu dibina itu.
"Kami belum lagi berbincang tentang perancangan keluarga kerana baharu sahaja berkahwin tapi kalau ditanya tentang anak, kalau boleh saya mahu enam orang iaitu tiga lelaki dan tiga perempuan," ujarnya.
Sementara itu, ditanya tentang kerjaya lakonan pelakon lelaki itu, Noor Nabila pula berkata, dia menghormati apa juga yang dilakukan oleh suaminya.
Adik beradik pengantin perempuan anggun mengayakan busana berwarna putih.
Katanya, dia memberi kebebasan berbatas kepada Sharnaaz dalam meneruskan kerjaya sebagai seorang pelakon.
"Saya hormat kerjaya lakonan dia dan tidak pernah menghalang. Saya juga yakin dia tahu jaga diri dan batasan yang perlu dijaga sebagai suami. Dia bebas berlakon tapi berbatas," ujarnya.
Pasangan berkenaan bakal berbulan madu di Itali selama tiga minggu selepas majlis resepsi di Pulau Pinang.
Majlis resepsi akan berlangsung pada 2 April di lokasi yang sama, manakala bagi pihak lelaki pada 8 April di Straits Quay Convention Centre, Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: