Monday, April 3, 2017

Rain Kembali Berlakon Selepas Cuti Kahwin




PENYANYI dan pelakon Korea Selatan Rain yang baharu sahaja berkahwin dengan kekasihnya Kim Tae Hee pada Jnauari lalu dikhabarkan bakal kembali ke dunia lakonan.
Seperti dipetik Soompi, pelakon Full House yang baharu sahaja pulang dari berbulan madu di Bali, Indonesia itu akan terlibat dalam sebuah filem berjudul Uhm Bok Dong.
Bintang itu akan membawa watak utama dengan beberapa pelakon lain seperti Kang Sora, Min Hyo Rin, Park Jin Joo, dan Lee Shi Un.
Filem Uhm Bok Dong merupakan sebuah kisah benar seorang atlet berbasikal yang berjaya menewaskan atlet berbasikal dari Jepun dalam misinya menguasai Korea.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: