Monday, April 17, 2017

Fizz Fairuz Kembali Berlakon Selepas Setahun Berehat



Fizz Fairuz kembali aktif berlakon.
PETALING JAYA: Pelakon Fizz Fairuz memberitahu dia kini aktif menerima tawaran selepas setahun berehat daripada dunia lakonan.
Fizz, 38, berkata, dia yang sibuk menguruskan beberapa projek karnival di Pahang tahun lalu, kini mula kembali ke lokasi penggambaran filem dan drama.
"Setahun saya berehat bagi menganjurkan Karnival Moh Joget Pahang tahun lalu, tahun ini ada pekerja yang boleh diharap untuk menguruskan projek itu.
"Jadi tahun ini saya boleh kembali semula aktif berlakon dan sudah mula penggambaran untuk filem Munafik 2 dan sebuah drama Akasia," ujarnya.
Pemilik nama sebenar Mohd Fairuz Zainil Abidin mengulas tentang perkembangan kerjaya lakonannya.
Fizz Fairuz
Tambah Fizz, dalam tempoh setahun itu dia terpaksa menolak tawaran tiga buah filem dan beberapa drama bersiri.
Bagaimanapun, katanya, dia dapat menfaatkan peluang tersebut dalam membesarkan anak keduanya yang kini sudah berusia tujuh bulan.
"Saya tidak sangka juga selepas setahun berehat masih ada lagi tawaran yang datang. Tahun lalu juga isteri saya melahirkan anak kedua kami," ujarnya.
Fizz berkahwin dengan aktres Almy Nadia pada 26 Mei 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Dalam perkembangan filem terbaharunya berjudul Hospital, Fizz berkata, dia berperanan besar dalam menyokong watak pelakon utama iaitu Fatin Afeefa.
"Secara jujurnya, filem seram ini ialah 'makanan' saya cuma cabaran ialah untuk memberi ekspresi berbeza dalam setiap filem itu.
"Bagi filem ini saya perlu menyokong watak Fatin dalam mencari punca bagaimana dia boleh berhadapan dengan perkara-perkara misteri," ujarnya.

Heliza Helmi Minta Pandangan Guru Agama Sebelum Mula Persembahan

Heliza Helmi PETALING JAYA:  Penyanyi Heliza Helmi memberitahu dia banyak merujuk tentang aurat suara wanita dalam menyanyi kepada ...