PENYANYI John Lagend hampir kegurian kira-kira lebih RM100,000 selepas bagasi yang berisi barang-barang peribadinya diambil individu lain ketika di Lapangan Terbang JFK, New York pada Khamis lalu.
Penyanyi itu membuat laporan polis di lapangan terbang tersebut dan pihak polis menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan kedudukan bagasi berkenaan.
Bagasi tersebut berisi barangan peribadi mewah termasuk aksesori lelaki Cartier Panther berhiaskan permata bernilai lebih RM100,000.
Bagaimanapun, tindakan pantas polis akhirnya menjumpai bagasi tersebut ditinggalkan di lapangan terbang itu.
"Ada individu yang silap mengambil beg saya dan selepas menyedari hal itu dia akhirnya meninggalkan sahaja di lapangan terbang," ujarnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: