Monday, April 17, 2017

Mariah Carey Tinggalkan Lelaki Muda Kuat Cemburu




Mariah dan penari latarnya, Bryan Tanaka berpisah hanya selepas lima bulan menjalinkan hubungan cinta.
PENYANYI Mariah Carey dilaporkan telah mengakhiri hubungan cinta dengan penari latarnya, Brayan Tanaka selepas lima bulan menjalinkan hubungan.
People melaporkan Mariah, 47, tidak lagi tahan dengan sikap cemburu Bryan, 33, yang tidak senang melihat hubungan baik dengan bekas suaminya, Nick Cannon.
"Perpisahan itu berlaku baru-baru ini dan Mariah yang meninggalkannya dan ia sesuatu diharapkan oleh semua orang.
"Mariah ada perkara lebih penting daripada cinta dan kini dia gembira dapat memberi fokus kepada anak dan karier muziknya," kata sumber.
Pasangan itu menjalinkan hubungan cinta selepas Mariah memutuskan pertunangan dengan jutawan Australia, James Packer tahun lalu.
"Bryan adalah lelaki yang hadir tepat pada masanya ketika Mariah cuba melupakan James namun sekarang adalah lebih baik dia solo dan memberi fokus kepada dirinya," kata sumber lagi.
Bryan dilaporkan cemburu melihat kemesraan teman wanitanya itu dengan bekas suaminya sehingga bertindak menggoda wanita lain dihadapan Mariah.
Mariah dan Nick bersama anak kembar mereka ketika menghadiri Kids Choice Awards pada bulan lalu.
Kemunculan Mariah dan Nick bersama anak-anak mereka di karpet merah Kids Choice Awards bulan lalu juga membuatkan Bryan hilang pertimbangan.
Malah dia meminta Mariah segera pulang ke rumah kerana tidak mahu mereka menghabiskan masa bersama-sama.
Terdahulu Mariah berpisah dengan Nick pada November 2014 dan pasangan itu mempunyai sepasang anak kembar iaitu Monroe dan Moroccan, enam tahun.
Sikap boros Bryan yang gemar menghabiskan wang milik Mariah dengan membeli barangan berjenama juga dikatakan sebagai punca perpisahan itu.
Sementara itu, Nick yang diminta mengulas mengenai perkhabaran terbaharu itu memberitahu dia tidak tahu menahu mengenai sikap cemburu lelaki tersebut.
"Kebanyakan lelaki memang cemburukan saya. Saya hanya melawak tetapi saya memang tidak tahu mengenai perkara yang sedang diperkatakan itu.
"Apa paling penting Mariah adalah ibu terbaik buat anak-anak kami dan kami tetap sebuah keluarga," katanya kepada Entertainment Tonight.
Kali terakhir pasangan itu dilihat bersama ketika Mariah meraikan hari jadinya di sebuah pulau pada 27 Mac lalu.
Bryan mula menjadi penyanyi latar untuk Mariah sejak 2006 namun dia kembali berkhidmat untuk penyanyi itu sejak 2015.