MANUSIA sekadar merancang tetapi ALLAH yang menentukan segala-galanya.
Namun sebagai manusia, acap kali hati tersungkur jua kerana ketentuan Tuhan sering mengatasi kehendak manusia.
Itulah yang boleh diibaratkan buat pasangan muda Nurul Syahfika Kamarul Aiani, 20, dan suaminya, Shafiq Mohd Refee, 21, apabila dikurniakan cahaya mata yang tidak sempurna seperti bayi lain.
Sembilan bulan Nurul Syahfika menggendong perut yang memboyot, menyulam harapan dan impian, akhirnya Muhammad Rafa Mikail, 10 bulan, dilahirkan dengan pelbagai komplikasi penyakit yang tidak berkesudahan.
Ususnya bukan sahaja terkeluar malah kanak-kanak malang itu mengalami masalah sendi dan tulang kaki kecil, tiada lubang dubur dan alat kelamin, injap jantung sempit serta masalah tulang belakang.
“Lahir sahaja Mikail, doktor terus ambil dia. Bawa dia jauh dari saya tanpa sempat saya menyusukannya walaupun sekali.
“Jururawat bertanyakan rekod kesihatan keluarga. Saya hairan dan panik. Tapi tak terlintas di fikiran untuk bertanya. Apa yang saya tahu ketika itu, bayi saya tiada,” kata Eyka memulakan bicara. Air mata deras membasahi pipinya.
Mahu seperti ibu lain
Selaku ibu yang melahirkan, Eyka ada impian dan angan-angannya sendiri. Semua ibu pun begitu.
Bahkan lebih sakit, tatkala mengimbau detik-detik mengharungi tempoh berpantang tanpa bayi di sisi.
“Bayangkan hati ibu mana yang tidak meruntun. Saya teringin sekali menyusukan dia. Tapi sentuhnya pun saya tak dapat.
“Selama lebih sebulan saya menangis dan menangis...susu membengkak. Saya hanya perah dan hantar ke hospital (Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh). Itupun Mikail minum menerusi tiub.
“Apabila lihat dalam Facebook, saya cemburu dengan ibu-ibu lain yang mendakap dan cium anak mereka. Saya merintih...sejak awal perkahwinan lagi saya nak ada anak cepat. Bila dapat, ujian ini pula diperoleh,” katanya.
Berhenti kerja
Mikail perlu berulang di tiga hospital dalam tempoh sebulan untuk pelbagai rawatan, iaitu Hospital Jengka bagi rawatan fisioterapi; Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh (Hoshas) bagi rawatan susulan selepas bersalin dan pemeriksaan mata, telinga serta tulang manakala di Hospital Kuala Lumpur bagi rawatan usus terkeluar.
Semua itu menelan belanja besar, hingga RM1,000 sebulan termasuk susu khas dan lampin pakai buang selain Eyka yang kini hamil tujuh bulan, perlu berulang alik setiap kali temu janji di klinik.
Bagi pekerja kilang seperti suaminya, gaji RM1,000 sebulan tidak mampu membiayai keseluruhan perbelanjaan itu.
Eyka pula terpaksa berhenti kerja sebagai pembantu kafe universiti sejak Mikail berusia 52 hari kerana kerap berada di hospital menjaga bayinya.
“Sebab itu saya terpaksa menulis dalam Facebook mengharapkan bantuan orang ramai. Tak sangka pada petang hari sama, ramai pihak datang menziarahi kami. Sebenarnya tak ramai yang tahu tentang penyakit anak saya. Apabila dia berpakaian nampak seperti normal.
“Apabila saya dah luahkan dalam Facebook, ramai pihak buka mata dan berikan bantuan. Alhamdulillah, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat Zakat pun sudah datang tengok,” katanya yang kini tinggal bersama keluarga mentua di Felda Jengka 9, Maran.
Pasangan ini berterima kasih kepada netizen yang turut membantu berkongsi dan menyebarkan rintihannya sehingga beroleh perhatian.
“Saya mengharapkan jika ada pakar perubatan yang sudi membantu memberikan pandangan berkenaan anak saya, tolonglah saya. Kalau pun dia tidak boleh jadi normal, setidak-tidaknya dia sihat sehingga dewasa.
“Saya bersyukur dan berterima kasih atas bantuan orang ramai. Sekecil mana pun sumbangan anda semua akan saya gunakan sebaik mungkin untuk kebaikan anak saya. Saya sekeluarga buntu memikirkan perubatan anak saya tapi kini, banyak pihak memberikan sokongan,” akhirinya.
Eika dan suaminya boleh dihubungi di talian 010-9207205 dan orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan wang tunai boleh menyalurkannya menerusi akaun Maybank Nurul Syahfika Kamarul Aiani (1561 4138 9758) atau Maybank mertua Eika, Faridah Arshat, 1561 4131 2045.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: