PEMBABITAN pelakon berdarah campuran Melayu, Cina dan Pakistan ini di dalam bidang seni sebenarnya bukan baru.
Dia mula berjinak-jinak sebagai model iklan komersial dan video korporat ketika usia lima tahun dan kemudian mengambil keputusan berhenti kerana mahu menumpukan perhatian dalam pelajaran.
Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2012, dia mengambil langkah berani untuk kembali aktif di dalam bidang seni biarpun keputusan peperiksaannya sangat baik.
Lakonan pertamanya melalui telefilem Cinta Vlog yang disiarkan di TV9. Dia memegang watak pembantu sebagai Risa, bersama pelakon utama, Aliff Aziz dan Wawa Zainal,
Bakat Janna mula mendapat perhatian pada akhir 2015, selepas tampil dengan lakonan berkesan sebagai Iman Firdaus menerusi drama Kau Aku Kita bersama Saharul Ridzwan.
Sejak itu pemilik nama sebenar Nurul Jannah Muner, 22, semakin mendapat perhatian ramai dan tidak keterlaluan untuk melabelkan Janna antara bintang yang menonjol kini.
Masakan tidak, akui Janna sendiri, hampir 80 peratus jadualnya untuk tahun 2017 sudah pun terisi dengan projek.
"Alhamdulillah boleh dikatakan jadual saya hampir penuh tetapi tidaklah terlalu sibuk sehingga tidak ada masa untuk diri sendiri.
"Saya sibuk bukan kerana tamak nak bolot semua tawaran, sebaliknya di samping bekerja, saya mengambil peluang menimba ilmu.
"Sejujurnya saya tidak mahu selamanya menjadi pelakon tapi menyimpan impian bergelar pengarah.
"Untuk permulaan, saya merancang mengarahkan telefilem terlebih dahulu tetapi bukanlah dalam masa terdekat kerana masih banyak lagi yang perlu dipelajari," ujarnya kepada Media Hiburan ketika ditemui pada majlis tayangan perdana Bo Bajet Aksi di GSC The Gardens, baru-baru ini.
Tambah Janna, dia juga tidak mahu dikenali sebagai pelakon streotaip dan mencuba mempelbagaikan watak.
Selain mencuba pelbagai watak dia juga tidak kisah andai perlu memotong pendek rambutnya bagi menjayakan sesuatu watak dalam drama atau pun filem.
"Kalau saya dah pernah bawa watak itu, jarang saya akan terima. Selepas watak air mata, aksi, saya teringin juga menjayakan babak yang memerlukan saya tampil sebagai orang kelainan upaya.
"Dari awal lagi, saya memang tak suka kelihatan sama sahaja dalam lakonan.
"Malah andai perlu atau diminta, saya rela hati memotong rambut pendek untuk nampak perbezaan penampilan dan selalunya saya akan tampil dengan potongan rambut yang berlainan.
Berkongsi pengalamannya bekerja bersama pengarah baru itu, Janna berkata, dia bertuah apabila Bak memberi kepercayaan menjayakan sendiri babak aksi.
"Hampir 90 peratus babak aksi di dalam Bo Bajet saya lakukan sendiri. Pengalaman saya dalam Taekwondo ketika di sekolah banyak membantu menjayakan babak pertarungan.
"Malah kalau boleh selepas ini, saya teringin melakukan babak aksi yang lebih mencabar," katanya.
Ditanya mengenai gandingannya bersama Saharul, Janna berkata, biarpun sudah beberapa kali bergandingan bersama, dia cuba sedaya upaya mengelakkan untuk bekerjasama dengan kerap.
"Saya suka kerja dengan dia (Saharul), sebab kami sudah serasi dan selesa bekerja.
"Bila perlu pergi bekerja (penggambaran) pun happy sahaja sebab sudah tahu dia bagaimana.
"Namun saya cuba untuk elakkan tampil back to back bersama dia kerana tidak mahu peminat bosan.
"Untuk tahun ini hanya Bo Bajet sahaja yang akan menampilkan kami. Kalau ada tawaran mungkin akan disiarkan tahun depan pula," katanya yang turut mendedikasikan Bo Bajet untuk peminat setia yang sentiasa menyokongnya dan Saharul.
Dia mula berjinak-jinak sebagai model iklan komersial dan video korporat ketika usia lima tahun dan kemudian mengambil keputusan berhenti kerana mahu menumpukan perhatian dalam pelajaran.
Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2012, dia mengambil langkah berani untuk kembali aktif di dalam bidang seni biarpun keputusan peperiksaannya sangat baik.
Lakonan pertamanya melalui telefilem Cinta Vlog yang disiarkan di TV9. Dia memegang watak pembantu sebagai Risa, bersama pelakon utama, Aliff Aziz dan Wawa Zainal,
Sejak itu pemilik nama sebenar Nurul Jannah Muner, 22, semakin mendapat perhatian ramai dan tidak keterlaluan untuk melabelkan Janna antara bintang yang menonjol kini.
Masakan tidak, akui Janna sendiri, hampir 80 peratus jadualnya untuk tahun 2017 sudah pun terisi dengan projek.
"Alhamdulillah boleh dikatakan jadual saya hampir penuh tetapi tidaklah terlalu sibuk sehingga tidak ada masa untuk diri sendiri.
"Saya sibuk bukan kerana tamak nak bolot semua tawaran, sebaliknya di samping bekerja, saya mengambil peluang menimba ilmu.
"Sejujurnya saya tidak mahu selamanya menjadi pelakon tapi menyimpan impian bergelar pengarah.
"Untuk permulaan, saya merancang mengarahkan telefilem terlebih dahulu tetapi bukanlah dalam masa terdekat kerana masih banyak lagi yang perlu dipelajari," ujarnya kepada Media Hiburan ketika ditemui pada majlis tayangan perdana Bo Bajet Aksi di GSC The Gardens, baru-baru ini.
Tambah Janna, dia juga tidak mahu dikenali sebagai pelakon streotaip dan mencuba mempelbagaikan watak.
Selain mencuba pelbagai watak dia juga tidak kisah andai perlu memotong pendek rambutnya bagi menjayakan sesuatu watak dalam drama atau pun filem.
"Kalau saya dah pernah bawa watak itu, jarang saya akan terima. Selepas watak air mata, aksi, saya teringin juga menjayakan babak yang memerlukan saya tampil sebagai orang kelainan upaya.
"Dari awal lagi, saya memang tak suka kelihatan sama sahaja dalam lakonan.
"Malah andai perlu atau diminta, saya rela hati memotong rambut pendek untuk nampak perbezaan penampilan dan selalunya saya akan tampil dengan potongan rambut yang berlainan.
Elak peminat bosan
Dalam pada itu, Janna yang akan tampil dalam filem televisyen arahan Bak Chee Hong, Bo Bajet bersama pelakon, Saharul di saluran Astro First Eksklusif (480) atau Astro On Demand bermula 27 April ini.Berkongsi pengalamannya bekerja bersama pengarah baru itu, Janna berkata, dia bertuah apabila Bak memberi kepercayaan menjayakan sendiri babak aksi.
"Hampir 90 peratus babak aksi di dalam Bo Bajet saya lakukan sendiri. Pengalaman saya dalam Taekwondo ketika di sekolah banyak membantu menjayakan babak pertarungan.
"Malah kalau boleh selepas ini, saya teringin melakukan babak aksi yang lebih mencabar," katanya.
Ditanya mengenai gandingannya bersama Saharul, Janna berkata, biarpun sudah beberapa kali bergandingan bersama, dia cuba sedaya upaya mengelakkan untuk bekerjasama dengan kerap.
"Saya suka kerja dengan dia (Saharul), sebab kami sudah serasi dan selesa bekerja.
"Bila perlu pergi bekerja (penggambaran) pun happy sahaja sebab sudah tahu dia bagaimana.
"Namun saya cuba untuk elakkan tampil back to back bersama dia kerana tidak mahu peminat bosan.
"Untuk tahun ini hanya Bo Bajet sahaja yang akan menampilkan kami. Kalau ada tawaran mungkin akan disiarkan tahun depan pula," katanya yang turut mendedikasikan Bo Bajet untuk peminat setia yang sentiasa menyokongnya dan Saharul.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: