AHLI kumpulan April iaitu Charwon mendedahkan dia mengamalkan diet secara ekstrem bagi menurunkan berat badannya secara mendadak.
Seperti dipetik Allkpop, Charwon, 19, berkata, dia melakukan lompat tali sebanyak 8000 kali sehari dan berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 2 kilogram dalam tempoh dua hari.
Bagaimanapun, gadis ini tidak menggalakkan cara itu menjadi ikutan peminat-peminatnya.
"Ia bukan perkara yang bagus dan saya harap tiada siapa yang mengikut cara begitu kerana bimbang akan menjejaskan kesihatan.
"Kehidupan artis berbeza kerana kami memerlukan cara yang paling cepat untuk turunkan berat badan untuk menjayakan sesuatu projek," ujarnya.