Monday, April 3, 2017

Acara Bertemu Peminat Kim Hyun Joong Dibatalkan




ACARA bertemu peminat terpaksa dibatalkan selepas pelakon Kim Hyun Joong kejadian lesennya digantung kerana memandu dalam keadaan mabuk.
Agensi pengurusannya East Entertainment membuat keputusan itu berikutan menganggap kejadian itu memberi kesan negatif kepada rangka promosinya.
Aktor yang juga seorang penyanyi itu dijadualkan memulakan promosi dalam masa terdekat selepas tamat menjalani latihan ketenteraan.
"Majlis itu dirancang sebagai acara pertama bersama peminat dalam jadual promosi dirinya selepas tamat latihan ketenteraan.
"Malangnya ia terpaksa ditangguhkan kerana perkara itu memberi kesan negatif terhadap dirinya," ujar agensinya seperti dipetik Allkpop.
Pelakon tersebut dikatakan sudah berkerja keras sejak Februari lalu dalam persiapan acara bersama peminatnuya.

Heliza Helmi Minta Pandangan Guru Agama Sebelum Mula Persembahan

Heliza Helmi PETALING JAYA:  Penyanyi Heliza Helmi memberitahu dia banyak merujuk tentang aurat suara wanita dalam menyanyi kepada ...