KUALA PILAH - Aroma buah berangan ketika digoreng pasti menusuk hidung sesiapa yang berada berhampiran gerai Buah Berangan Ajo Kuala Pilah, di sini.
Sesekali terdengar geseran pasir kasar di dalam kuali digaul bersama buah berangan mentah pasti membuat pelanggan tidak sabar merasai keenakan buah tersebut.
Gerai yang berada di tepi jalan Kuala Pilah - Bahau berhampiran kompleks pejabat kerajaan daerah ini diusahakan Razali Samat, 57.
Razali yang juga pesara polis di Balai Polis Kuala Pilah telah mengusahakan perniagaan itu secara kecil-kecilan sejak enam tahun lalu.
Tanpa pengalaman, dia memulakan perniagaan itu dengan matlamat ingin menyara keluarga
Kata Razali, buah berangan itu diimport dari Negara China dan perlu diambil di Kuala Lumpur setiap minggu.
“Pak cik mula niaga buah ni atas dorongan rakan-rakan, lagi pun daerah ni belum ada yang jual buah berangan. Jadi pak cik pilih niaga buah berangan sebagai punca rezeki.
“Bila dah belajar teknik yang betul, akhirnya pak cik buka gerai di sini dan di Bandar Baru Serting.
“Buah berangan kampung berbeza dengan buah berangan yang dijual di sini. Saiz buah ni lebih besar dan lebih enak dimakan kerana rasa lemak manis,” katanya, semalam.
Menurutnya, bagi merasai aroma harum, buah berangan mentah perlu digoreng menggunakan pasir kasar.
“Sebelum tu, pasir kasar perlu digoreng selama 10 minit, kemudian barulah memasukkan buah berangan mentah dan digoreng selama 45 minit atau 50 minit.
“Kita perlu goreng lama supaya haba pasir tu dapat meresap ke dalam isi buah berangan yang kemudiannya akan disaluti gula bagi tujuan mencantikkan kulit buah tersebut.
“Ada peniaga mencampurkan dengan gula merah, gula pasir serta majerin. Ikut kesesuaian dan selera masing-masing,” katanya.
Ketika ditanya keunikan buah itu, kata Razali, ia sukar diperolehi dalam negara ini.
“Dulu pokoknya mudah dijumpai, tapi kini sukar hingga mendorong saya bersama rakan-rakan import buah ini dari China.
“Generasi muda memang ramai tak tahu apa itu buah berangan, ia lebih popular dalam kalangan warga tua.
“Biasanya pengunjung di sini, majoriti Melayu,” katanya membuka gerainya bermula jam 9 pagi sehingga 7 malam.
Ujar Razali, setiap perniagaan pasti ada pasang surutnya, tidak terkecuali dirinya.
“Hasil jualan akan meningkat sekali ganda bila hujung minggu sebab laluan ni sentiasa sibuk. Kadangkala boleh mencecah 30 kilogram (kg) sehari.
“Jika pada hari biasa dapat menjual dalam kuantiti 10kg sehingga 15kg.
“Buah ni tahan lama dan ada pelbagai khasiat seperti vitamin C, B, protein, serat selain tiada kolesterol dan rendah kalori,” katanya.
Tambahnya, buah berangan yang baru dimasak berbau harum, rangup di luar dan lembut serta rasa lemak di dalam.
“Buah berangan ini sangat popular di China terutama pada musim sejuk kerana boleh membantu untuk memanaskan badan,” katanya.