Monday, April 3, 2017

Doktor Larang Kim Kardashian Hamil Anak Ketiga




Kim berhasrat untuk hamil anak ketiga tetapi dilarang oleh doktor.
HASRAT bintang realiti Kim Kardashian untuk menimang cahaya mata ketiga nampaknya tidak kesampaian apabila doktor melarang dia hamil.
E! melaporkan doktor menasihatkan dia untuk tidak berbuat demikian kerana Kim mempunyai beberapa masalah yang akan memberi risiko kepada dirinya dan bayi dikandungkan.
"Saya mahu anak-anak saya mempunyai adik-beradik yang ramai tetapi doktor menyatakan ia tidak selamat untuk saya," katanya dalam sedutan terbaharu program realiti Keeping Up With the Kardashians.
Kim yang berkahwin dengan penyanyi rap Kanye West mempunyai dua cahaya mata iaitu North, 3 dan Saint, berusia setahun.
Malah ibunya, Kris Jenner turut melarang Kim untuk hamil kerana tidak mahu dia mengalami sebarang komplikasi akibat kedegilannya.
"Dia boleh mengalami pendarahan yang teruk dan menyebabkan kematian dan saya tidak akan benarkan perkara itu berlaku.
"Saya tidak mahu dia meletakkan diri dalam bahaya," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: