HULU TERENGGANU - Pastinya ramai generasi muda hari ini tidak mengenali bentuk buah pinang yang pokoknya menjulang tinggi, biarpun tumbuhan ini atau nama saintifiknya areca catechu sinonim dengan kehidupan tradisi orang Melayu.
Namun, bagi seorang gadis berusia 18 tahun di sini, Nor Fazlin Nazirah Razali, buah yang biasanya dikaitkan dengan penggemar sirih itu bukanlah asing baginya kerana dia telah mula membantu keluarga menjual buah pinang kering sejak di alam persekolahan lagi.
Biarpun mungkin ada yang beranggapan buah itu hanya untuk orang tua, namun anak kedua dari empat beradik ini tidak pernah merasa malu mengusahakan buah pinang kering sebagai salah satu sumber pendapatan untuknya sekeluarga.
Berkongsi cerita, Nor Fazlin Nazirah mengakui ia bukanlah sesuatu yang mudah bahkan turut menguji kudrat kerana memikul sebatang galah panjang bagi mengait buah pinang sebelum proses-proses seterusnya dilakukan seperti membelah serta menjemur.
“Setiap kali tiba musim buah pinang iaitu sekitar Mac hingga Ogos, saya sering membantu ibu, Habibah Hashim, 44, mengusahakan buah pinang kering ini. Ketika itu hanya pada waktu lapang sahaja kerana ibu mahu saya fokus pada pelajaran.
“Ekoran minat yang ada apatah lagi melihat buah pinang kering dapat dijual, saya tidak berfikir panjang untuk teruskan sebaik tiba musimnya berbuah kali ini. Lebih mengembirakan, kini masa tidak lagi terhad kerana telah tamat persekolahan.
“Buah-buah pinang diperoleh di kebun getah kerana ibu dan ayah, Razali Hashim,48, ada menanam 40 batang pokok pinang sebagai tanaman sampingan di kebun. Biasanya saya ke kebun bersama-sama ibu.
“Cabaran yang sukar ialah kerja mengait buah kerana kita perlu pegang galah panjang sambil mendongak, pokok pinang pula tinggi-tinggi. Hanya buah pinang masak sahaja dikait,” katanya.
Katanya, buah pinang masak yang gugur sendiri akan terus dijemur secara sebiji-sebiji sehingga kering lalu dibelah, manakala buah dikait perlu dibelah dua terlebih dahulu sebelum dijemur hingga kering.
“Buah pinang siap dikait atau dikutip akan dikumpulkan dalam guni plastik. Selepas itu bermulalah kerja-kerja membelah buah pinang yang dikait satu persatu, buah pinang gugur tidak dibelah sebaliknya terus dijemur.
“Parang digunakan untuk proses membelah haruslah tajam bagi pastikan buah pinang terbelah dua dalam keadaan cantik serta tidak hancur. Selepas selesai membelah, barulah disusun atas guni, zink atau kanvas untuk dijemur sehingga kering.
“Tempoh menjemur bergantung kepada cuaca, biasanya ambil masa dua hari. Jika panas terik, sehari sudah cukup kerana ia tidak boleh dijemur terlalu lama bagi mengelakkan buah pinang busuk atau berkulat.
“Langkah mengeringkan buah pinang bagi mudahkan proses mencungkil keluar buah dari tempurungnya. Selepas itu, buah pinang akan dijemur sekali lagi sehingga benar-benar kering sebelum dapat dijual,” ujarnya.
Nor Fazlin Nazirah menambah, sepanjang kira-kira empat bulan musimnya, buah pinang kering diusahakan dapat dijual sehingga mencecah 200 kilogram (kg).
Ujarnya lagi, buah pinang kering itu akan dijual kepada peraih dengan harga RM5 satu kg dan selain dia sekeluarga terdapat lebih 20 penduduk lain di kampung itu yang turut mengusahakan buah pinang kering.
“Kekerapan peraih datang tidak tentu. Walaupun buah pinang bukanlah produk komoditi dan agar sukar didapati di pasaran ekoran kegunannya tidak meluas tetapi permintaan dari peraih tetap ada sekali gus menjadi salah satu sumber pendapatan penduduk di sini.
“Saya sendiri tidak pasti keberkesanannya namun buah pinang ini dikatakan mempunyai banyak khasiat kesihatan. Antaranya, merawat kudis, menghaluskan kulit wajah serta alternatif sebagai ubat cacing,” katanya.
Namun, bagi seorang gadis berusia 18 tahun di sini, Nor Fazlin Nazirah Razali, buah yang biasanya dikaitkan dengan penggemar sirih itu bukanlah asing baginya kerana dia telah mula membantu keluarga menjual buah pinang kering sejak di alam persekolahan lagi.
Biarpun mungkin ada yang beranggapan buah itu hanya untuk orang tua, namun anak kedua dari empat beradik ini tidak pernah merasa malu mengusahakan buah pinang kering sebagai salah satu sumber pendapatan untuknya sekeluarga.
Berkongsi cerita, Nor Fazlin Nazirah mengakui ia bukanlah sesuatu yang mudah bahkan turut menguji kudrat kerana memikul sebatang galah panjang bagi mengait buah pinang sebelum proses-proses seterusnya dilakukan seperti membelah serta menjemur.
“Ekoran minat yang ada apatah lagi melihat buah pinang kering dapat dijual, saya tidak berfikir panjang untuk teruskan sebaik tiba musimnya berbuah kali ini. Lebih mengembirakan, kini masa tidak lagi terhad kerana telah tamat persekolahan.
“Buah-buah pinang diperoleh di kebun getah kerana ibu dan ayah, Razali Hashim,48, ada menanam 40 batang pokok pinang sebagai tanaman sampingan di kebun. Biasanya saya ke kebun bersama-sama ibu.
“Cabaran yang sukar ialah kerja mengait buah kerana kita perlu pegang galah panjang sambil mendongak, pokok pinang pula tinggi-tinggi. Hanya buah pinang masak sahaja dikait,” katanya.
Mampu jual sehingga 200kg buah kering
Tambah bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Menerong ini, buah pinang yang gugur juga dikutip dan proses antara buah pinang dikait dengan gugur sendiri adalah berlainan tetapi kedua-duanya harus dijemur hingga kering.Katanya, buah pinang masak yang gugur sendiri akan terus dijemur secara sebiji-sebiji sehingga kering lalu dibelah, manakala buah dikait perlu dibelah dua terlebih dahulu sebelum dijemur hingga kering.