Monday, April 17, 2017

Tiket Konsert G-Dragon Habis Dijual Dalam Masa 8 Minit




Tiket konsert solo G-Dragon habis terjual hanya dalam masa lapan minit.
TIKET untuk menonton konsert solo ketiga penyanyi G-Dragon yang dijual pada 13 April lalu sudah habis hanya dalam masa kurang 10 minit!
Walaupun konsert itu akan berlangsung pada Jun depan namun peminat nampaknya enggan mengambil risiko dan membuat pembelian awal demi memastikan mereka mendapat tiket.
Penjualan dalam tempoh singkat itu juga merupakan satu kejayaan besar buat anggota kumpulan Big Bang ini.
Menurut laporan Allkpop, konsert berkenaan dikatakan sebagai persembahan terakhir G-Dragon sebelum penyanyi itu menyertai latihan ketenteraan pada akhir tahun ini.
Ia juga dilihat sebagai faktor peminat berebut-rebut membuat pembelian tiket.
Sebelum ini, G-Dragon pernah menjayakan konsert solo pertamanya pada tahun 2009 diikuti konsert kedua pada 2013.
Sebanyak 65,000 keping tiket berjaya dijual untuk kedua-dua siri persembahan itu dalam masa yang sangat singkat.
Konsert terbaharu G-Dragon yang diberi nama ACT III - M.O.T.T.E atau Mother’s Womb ini akan berlangsung di Seoul’s World Cup Stadium, Seoul pada 10 Jun depan.

Heliza Helmi Minta Pandangan Guru Agama Sebelum Mula Persembahan

Heliza Helmi PETALING JAYA:  Penyanyi Heliza Helmi memberitahu dia banyak merujuk tentang aurat suara wanita dalam menyanyi kepada ...