SIAPA sangka, bermula sekadar suka-suka, Izzati Qistina Rohaizad, 18, kini mula berkecimpung secara serius dalam bidang perniagaan.
Menurut Izzati, semuanya bermula sejak dua tahun lalu menerusi Instagramnya. Minat memuat naik video-video nyanyiannya, berjaya menarik perhatian ramai dan kini dia mempunyai lebih 200,000 pengikut.
"Saya sendiri tak sangka bagaimana boleh menarik pengikut seramai ini. Namun yang pasti saya nampak peluang perniagaan di situ.
"Sejak tahun lepas, saya mula berjinak-jinak menjual tudung dan kasut. Dari situ, saya menerima banyak tempahan dan semua barangan berjaya dijual sehingga kehabisan stok," katanya yang ditemui baru-baru ini.
Menurut Izzati, atas platform tersebut dia juga menerima tawaran untuk mempromosikan produk orang lain dan wmenerima bayaran yang agak lumayan. Malah akuinya, dia mampu meraih pendapatan sehingga RM5,000 sebulan.
"Alhamdulillah, dengan duit yang ada, saya dapat menggunakannya untuk perbelanjaan sekolah dan membantu menambah pendapatan keluarga.
"Saya juga berjaya menyimpannya untuk memulakan modal dalam perniagaan saya sendiri," katanya.
Meneruskan impian untuk menghasilkan jenama dan produk sendiri, anak jati Kuala Lumpur ini memilih perniagaan wangian dengan jenama Le Qiss Perfumes yang bakal dilancarkan pada pertengahan Mei ini.
Menurut Izzati, dia sangat meminati haruman dan tiba masanya dia menghasilkan produk wangian dengan identiti tersendiri.
Mendapat sokongan sepenuhnya dari keluarga tersayang, terutama ibunya, Sarina Abu Bakar, 40, usahawan muda ini optimis produknya itu setanding jenama terkenal antarabangsa.
"Le Qiss Perfumes mempunyai enam jenis haruman, Sparkling, Charming, April 16, Elegance, Lush Berry untuk wanita dan Brave satu-satunya wangian khas untuk jejaka.
"Wangiannya diilhamkan sendiri oleh saya dan dipilih atas cita rasa orang ramai. Setiap wangian dihasilkan mengikut kepuasan dan keterampilan masing-masing.
"Paling penting, ia boleh dibawa solat dan tahan selama 48 jam," katanya yang mengeluarkan modal sehingga RM200,000 untuk menghasilkan produk tersebut.
Izzati berkata, Le Qiss Perfumes hadir dengan dua saiz iaitu 35ml (RM65) dan 10ml (RM25) yang lebih mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Katanya, harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan dan mampu dimiliki ramai.
"Saya juga sangat mengutamakan kualitinya. Malah ekstrak pati wangiannya diimport khas dari Zurich, Switzerland.
"Saya juga memberikan jaminan dengan mengembalikan wang pelanggan sekiranya ia tidak tahan selama 48 jam," katanya.
Akui Izzati, dari situ dia berjaya menimba banyak ilmu dan menubuhkan grup jualan sendiri yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan-rakan sekolahnya.
"Apa sahaja ilmu yang saya dapat, saya akan cuba gunakannya dengan sebaik mungkin. Untuk berjaya, ia memerlukan kerjasama dari orang sekeliling kita.
"Dan saya akui kerja secara berkumpulan itu lebih mudah berbanding seorang. Setakat ini, saya ada grup jualan sendiri yang terdiri daripada enam ahli yang sememangnya giat melakukan jualan di atas talian," katanya.
Menumpukan jualan sepenuhnya atas talian, Izzati berkata, dia juga membuka peluang kepada orang ramai yang berminat untuk menjadi wakil jualan serta menambah pendapatan bersamanya.
"Setakat ini, saya hanya membuka peluang kepada mereka yang mahu menjadi stokis dengan modal serendah RM1,000," katanya yang menyasarkan 50 wakil jualan untuk tahun ini.
Turut memasang impian untuk meluaskan pasaran produknya ke luar negara, Izzati berkata, dia kini dalam usaha memasarkannya ke negara Asean seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.
"Sebelum dilancarkan, saya terlebih dahulu mencuba jualan di atas talian, Alhamdulillah, sambutannya juga sangat hebat kerana Le Qiss Perfumes telah terjual melebihi 3,000 unit.
"Saya yakin jualanya akan bertambah menjelang Hari Raya nanti," katanya.
Bagi Izzati, keutamaannya kini adalah perniagaannya dan dia mahu mencipta kejayaan tersendiri.
"Saya bukannya tidak mahu sambung belajar, tetapi saya mahu fokuskan perniagaan terlebih dahulu. Insya-ALLAH selepas ini, saya meneruskan hasrat untuk sambung pelajaran dalam bidang perniagaan," katanya.
Berkongsi pengalamannya, Izzati berkata, dia tidak pernah merasa terbeban meskipun terpaksa membahagikan masa antara pelajaran dan minatnya dalam bidang perniagaan.
"Saya tak pernah mengabaikan pelajaran dan saya tahu membahagikan masa antara keduanya. Lagipun ibu bapa saya sangat memahaminya dan mereka tidak pernah menghalang minat saya," katanya yang berhasrat menghasilkan pelbagai lagi produk sendiri kelak.
Sementara itu, ibunya, Sarina Abu Bakar, berkata, dia sangat kagum dengan kebolehan anak sulungnya itu. Malah sentiasa menyokong apa jua keputusannya.
"Saya lihat dia memang minat dan bersungguh-sungguh dalam perniagaan yang diusahakan. Walaupun sudah bermula sejak di bangku sekolah, dia pandai menguruskan masanya dan saya yakin dia boleh berjaya.
"Sebagai ibu, saya akan membantu apa yang mampu dan mahu melihat dia menjadi usahawan yang berjaya kelak," katanya.
Menurut Izzati, semuanya bermula sejak dua tahun lalu menerusi Instagramnya. Minat memuat naik video-video nyanyiannya, berjaya menarik perhatian ramai dan kini dia mempunyai lebih 200,000 pengikut.
"Saya sendiri tak sangka bagaimana boleh menarik pengikut seramai ini. Namun yang pasti saya nampak peluang perniagaan di situ.
"Sejak tahun lepas, saya mula berjinak-jinak menjual tudung dan kasut. Dari situ, saya menerima banyak tempahan dan semua barangan berjaya dijual sehingga kehabisan stok," katanya yang ditemui baru-baru ini.
"Alhamdulillah, dengan duit yang ada, saya dapat menggunakannya untuk perbelanjaan sekolah dan membantu menambah pendapatan keluarga.
"Saya juga berjaya menyimpannya untuk memulakan modal dalam perniagaan saya sendiri," katanya.
Meneruskan impian untuk menghasilkan jenama dan produk sendiri, anak jati Kuala Lumpur ini memilih perniagaan wangian dengan jenama Le Qiss Perfumes yang bakal dilancarkan pada pertengahan Mei ini.
Menurut Izzati, dia sangat meminati haruman dan tiba masanya dia menghasilkan produk wangian dengan identiti tersendiri.
Mendapat sokongan sepenuhnya dari keluarga tersayang, terutama ibunya, Sarina Abu Bakar, 40, usahawan muda ini optimis produknya itu setanding jenama terkenal antarabangsa.
"Le Qiss Perfumes mempunyai enam jenis haruman, Sparkling, Charming, April 16, Elegance, Lush Berry untuk wanita dan Brave satu-satunya wangian khas untuk jejaka.
"Wangiannya diilhamkan sendiri oleh saya dan dipilih atas cita rasa orang ramai. Setiap wangian dihasilkan mengikut kepuasan dan keterampilan masing-masing.
"Paling penting, ia boleh dibawa solat dan tahan selama 48 jam," katanya yang mengeluarkan modal sehingga RM200,000 untuk menghasilkan produk tersebut.
Izzati berkata, Le Qiss Perfumes hadir dengan dua saiz iaitu 35ml (RM65) dan 10ml (RM25) yang lebih mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Katanya, harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan dan mampu dimiliki ramai.
"Saya juga sangat mengutamakan kualitinya. Malah ekstrak pati wangiannya diimport khas dari Zurich, Switzerland.
"Saya juga memberikan jaminan dengan mengembalikan wang pelanggan sekiranya ia tidak tahan selama 48 jam," katanya.
Tubuh grup sendiri
Minat mendalam menerusi bidang perniagaan, mendorong Izzati menyertai kursus dan motivasi perniagaan dari pakar motivasi terkenal negara.Akui Izzati, dari situ dia berjaya menimba banyak ilmu dan menubuhkan grup jualan sendiri yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan-rakan sekolahnya.
"Apa sahaja ilmu yang saya dapat, saya akan cuba gunakannya dengan sebaik mungkin. Untuk berjaya, ia memerlukan kerjasama dari orang sekeliling kita.
"Dan saya akui kerja secara berkumpulan itu lebih mudah berbanding seorang. Setakat ini, saya ada grup jualan sendiri yang terdiri daripada enam ahli yang sememangnya giat melakukan jualan di atas talian," katanya.
Menumpukan jualan sepenuhnya atas talian, Izzati berkata, dia juga membuka peluang kepada orang ramai yang berminat untuk menjadi wakil jualan serta menambah pendapatan bersamanya.
"Setakat ini, saya hanya membuka peluang kepada mereka yang mahu menjadi stokis dengan modal serendah RM1,000," katanya yang menyasarkan 50 wakil jualan untuk tahun ini.
Turut memasang impian untuk meluaskan pasaran produknya ke luar negara, Izzati berkata, dia kini dalam usaha memasarkannya ke negara Asean seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.
"Sebelum dilancarkan, saya terlebih dahulu mencuba jualan di atas talian, Alhamdulillah, sambutannya juga sangat hebat kerana Le Qiss Perfumes telah terjual melebihi 3,000 unit.
"Saya yakin jualanya akan bertambah menjelang Hari Raya nanti," katanya.
Tak abai pelajaran
Di saat rakan-rakan seusianya gigih menyambung pelajaran ke menara gading, namun berbeza bagi Izzati yang sudah menetapkan haluan dan kariernya sendiri.Bagi Izzati, keutamaannya kini adalah perniagaannya dan dia mahu mencipta kejayaan tersendiri.