Monday, April 17, 2017

Janet Jackson Muat Naik Gambar Pertama Anak




Janet Jackson bersama anak lelakinya, Eissa Al Mana yang dilahirkan pada 4 Januari lalu.
PENYANYI terkenal Janet Jackson memperkenalkan buat pertama kali anak lelakinya, Eissa Al Mana pada Sabtu.
E! melaporkan Janet, 51, memuat naik gambar anaknya itu menerusi laman web rasminya selepas tiga bulan Eissa dilahirkan.
Menerusi gambar itu Janet dilihat sedang memeluk Eissa yang sedang menguap ketika gambar itu diambil.
Janet dan Wissam berpisah selepas lima tahun bersama.
Terdahulu penyanyi itu membuat kejutan apabila dilaporkan mengambil keputusan untuk berpisah dengan suaminya, Wissam Al Mana selepas lima tahun berkahwin.
Malah Janet dilihat sudah pun berpindah keluar daripada kediaman yang dikongsi bersama Wissam yang terletak di London.
"Mereka sangat sibuk tetapi berjanji akan mendahulukan anak mereka dan menjadi ibu bapa yang baik," kata sumber terdekat penyanyi itu.

Bising & Bingit Itu Cara Saya - Achey

Achey jangka cara mengacara program Gema Gegar Vaganza akan dikritik. PETALING JAYA:  Pelawak Achey memberitahu dia diminta oleh pi...